Ketahui Mengapa Siti Kassim Dengan Sekerasnya Membantah Dana Rakyat Untuk Biayai Sekolah Tahfiz.

Ketahui Mengapa Siti Kassim Dengan Sekerasnya Membantah Dana Rakyat Untuk Biayai Sekolah Tahfiz.

Peguam kontroversi, Siti Kassim menggesa agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim) berhenti menggunakan peruntukan diberikan kerajaan kepada badan berkenaan untuk membiayai sekolah tahfiz.

Ketahui Mengapa Siti Kassim Dengan Sekerasnya Membantah Dana Rakyat Untuk Biayai Sekolah Tahfiz.
Ketahui Mengapa Siti Kassim Dengan Sekerasnya Membantah Dana Rakyat Untuk Biayai Sekolah Tahfiz.
Foto - 
Sensasi Media
Jangan guna dana rakyat untuk biayai sekolah tahfiz – Siti Kassim
Beliau dipetik FMT berkata, kerajaan perlu memastikan dana diberikan kepada Jakim tidak digunakan bagi tujuan tersebut berikutan ianya adalah wang hasil kutipan cukai dibayar oleh rakyat.

Ujarnya, berbading “sekolah-sekolah lain yang perlu menempuhi pelbagai prosedur sebelum dibenarkan untuk mengambil pelajar,” sekolah tahfiz mucul dimana-mana sahaja dan mendapat dana daripada Jakim.

ARTIKEL MENARIK: TERKINI - Agong Perkenan Perlantikan Tommy Thomas Sebagai Peguam Negara Tetapi Dengan Beberapa Syarat !


Kenyataan Siti sebagai respon kepada cadangan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkaji semula peranan Jakim bagi menentukan masa depan jabatan tersebut.

Kata Siti, sekolah-sekolah tahfiz yang lengkap dengan kemudahan mudah ditubuhkan selain senang mendapat dana daripada Jakim tanpa mengikut saluran yang tepat, berbanding sekolah agama lain.

Tambahnya, beliau tidak menghalang ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz tetapi menegaskan bahawa kos pembelajaran tersebut perlu ditanggung ibu bapa sendiri, bukannya Jakim – apatah lagi menggunakan duit rakyat.


“Orang beragama lain melakukannya. Sekolah agama mereka tidak dibiayai oleh kerajaan.
“Tambahan itu, mereka juga pembayar cukai, bermaksud wang mereka juga pergi ke sekolah tahfiz.”

Mahathir ketika mengumumkan cadangan mengkaji semula Jakim mahu jabatan tersebut kembali kepada tujuan asal penubuhannya iaitu memberikan gambaran sebenar mengenai Islam.

Katanya, terdapat banyak larangan Islam tidak diberi perhatian oleh Jakim dan lebih tertumpu kepada, “cara-cara lain yang bukan datang dari ajaran Islam untuk menunjukkan kononnya Islam ini agama yang cukup keras dalam pelaksanaannya.
“Dengan perkataan lain kita lebih suka memaksa daripada ajaran Islam yang berkata, tiada paksaan dalam Islam.”

Pengkritik Jakim Tawfik Ismail yang juga anak bekas Timbalan Perdana Menteri ke-2, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, juga menggesa agar Jakim ditutup terus.

Setuju dengan pendapat Tawfik, Siti berkata, Jakim pada awalnya ditubuhkan untuk membidas ‘Islam’ yang dibawa oleh PAS.

“Kerajaan mempunyai medium dan jentera untuk menjelaskan kepada rakyat, terutama masyarakat Melayu, apakah Islam yang sebenar, bukannya Islam PAS atau ceramah oleh mereka yang dipanggil ulama,” katanya lagi sambil menggesa kerajaan menggunakan media arus perdana bagi menyampaikan Islam yang sebenar.

– mD

Wowberita
Siapakah Siti Kassim Yang Sebenarnya? Antara Manusia Yang Perlu Diberi PERHATIAN di Malaysia Ketika Ini
Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ?

siti2.jpg


Hari ini, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’

“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.

“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.
“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata Siti Kassim dilaporkan Agendadaily.
Siti Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) ‘Seksualiti Merdeka’ yang bernaung di bawah Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).
Turut kelihatan bersamanya adalah salah seorang lagi aktivis LGBT (bertanda bulat), salah seorang daripada 5 aktivis LGBT yang pernah memohon semakan kehakiman pada tahun 2012 berkenaan larangan pihaknya mengadakan program tahunan Seksualiti Merdeka di negara ini.
Portal Malaysiakini, menamakan 5 aktivis itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean yang juga merupakan jurucakap Comango.
siti1.jpg


Selain Honey Tan, bertanda bulat, duduk di barisan hadapan (lihat gambar di atas) sekurang-kurang tiga lagi aktivis LGBT (bertanda bulat) yang berada dalam Comango.

Sumber- Betul Betul Padu

Sumber : bulletinmedia

Sumber : kucinghitamm.com

Sumber : Muka Media.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post