2 hari lepas pelakon Aiman Hakim Ridza membuat kenyataan yang agak panas apabila mendakwa banyak skrip drama dihasilkan ketika ini tidak berkualiti dan seperti ‘sampah’. Malahan, pelakon Vanila Coklat ini tidak kisah jika disenaraihitam disebabkan kenyataannya itu.
“Tak Perlu Panggil Orang Syaitan…drama ‘sampah’” – Aiman Hakim Ridza Berperang Dengan Pengarah di media sosial? |
Bukan semua skrip sampah
ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] “Hahaha Comel La Pak Azad Pi Kacau Eira”- Azad Jazmin Buat Hal Lagi Bila Skodeng Eira Syazira Workout!
Shahrulezad menerusi Facebooknya meluahkan rasa kecewanya apabila Aiman dilihat ‘gelabah’ memberi komen mengenai isu ini. Tambahnya, berkemungkinan Aiman tidak mempunyai rezeki lagi mendapat skrip yang bagus, namun itu tidak bermakna skrip drama di Malaysia pada tahap ‘sampah’.
Screenshot perbualan dengan wartawan
Pengarah berkenaan turut menyertakan bukti perbualannya dengan wartawan Harian Metro yang menulis mengenai isu berkenaan.
Antara lain, Shahrulezad menyatakan Aiman sebagai pelakon tidak boleh menyalahkan skrip drama sampah sahja, namun dia juga bertanggungjawab memilih projek yang berkualiti.
Ini respon Aiman Hakim Ridza
Aiman menerusi Instastorynya membalas kenyataan pengarah itu dengan mengatakan Shahrulezad tidak perlu memanggil orang lain sebagai syaitan dan merendahkan ego masing-masing dan berbincang seperti orang dewasa.
Media sosial bukan tempat terbaik berbincang
Aiman bagaimanapun mengakui media sosial bukanlah tempat yang sesuai untuk berdiskusi mengenai apa-apa isu. Dia juga sempat meminta maaf atas tindakannya dan mengatakan dia sememangnya sebegitu apabila membabitkan minat dalam dunia lakonan.
sumber : OH Bulan
Sumber : matbawang.com
Sumber : Muka Media
Post a Comment