Header Ads

‘Kerajaan cuba padam legasi saya’ – Najib

loading...

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) cuba memadamkan legasinya dengan membatalkan pelbagai projek yang akan dan sedang dijalankan.

‘Kerajaan cuba padam legasi saya’ – Najib
‘Kerajaan cuba padam legasi saya’ – Najib

Najib akui tidak kisah namun kerajaan perlu bertimbang rasa apabila membatalkan pelbagai projek yang memberi manfaat kepada negara.

“Saya tidak kisah jika kerajaan berusaha untuk memadamkan segala legasi ditinggalkan sepanjang 9 tahun saya sebagai Perdana Menteri, namun kerajaan perlu lebih telus dan lebih bertimbang rasa.

“Mereka mula membatalkan pelbagai projek atau inisiatif yang dimulakan untuk manfaat rakyat dan negara hanya kerana mahu memadamkan legasi saya atau mempunyai persepsi, ia dimulakan oleh saya, lantas ia perlu dihenti atau dipadamkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh dua minggu sahaja, kerajaan sudah membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan MRT3 yang telah dikaji bertahun lamanya.

“Kajian menunjukkan manfaat ekonomi melampaui kos pembinaannya. Projek MRT3 juga diperlukan bagi melengkapkan jaringan bagi mewujudkan sistem pengangkutan awam yang lebih berintegrasi di Lembah Klang.

ARTIKEL MENARIK: Sikap Siti Kasim membimbangkan banyak pihak – Akhirnya Mufti Perlis Beri Jalan Penyelesaian



“Tanpanya, Lembah Klang akan terus berdepan dengan peningkatan masalah kesesakan jalan raya,” katanya.

Menyentuh soal Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Najib berkata projek itu memberi manfaat kepada tiga negeri pembangkang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Tidakkah siapa sedar yang tiga negeri yang bakal menerima manfaat paling banyak daripada ECRL ini iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang merupakan negeri yang bukan di bawah kerajaan Harapan?

“Adakah ini satu kesinambungan daripada amalan menghukum negeri pembangkang? Sebagaimana dilakukan Tun Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun apabila Kelantan dinafikan kemudahan asas rakyat seperti lebuhraya, jalan raya, bekalan air dan pembangunan infrastruktur pembetungan,” tanyanya.

Najib sempat mengingatkan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri, kesemua negeri tanpa mengira status pembangkang mahupun kerajaan menerima pembangunan infrastruktur asas untuk manfaat rakyat.

“Sebab itu, kerajaan persekutuan pada ketika pentadbiran saya telah menyalurkan berpuluh bilion Ringgit bagi membantu penstrukturan bekalan air di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

“Berikutan pembangunan Kelantan agak ketinggalan berbanding negeri lain, saya juga telah memastikan Kelantan menerima lebih banyak dana pembangunan dan projek menaiktaraf lebuhraya, bekalan air serta infrastruktur pembetungan,” katanya.


Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan mendedahkan laporan impak ekonomi dan kajian kebolehlaksanaan bagi kesemua projek ini untuk diakses rakyat.

Katanya, “kerajaan tidak seharusnya membatalkan projek atas motif yang salah atau memberi alasan sebagaimana mereka lakukan pada kenyataan mengenai hutang negara yang tidak tepat, tetapi mereka juga perlu mengambil kira pembangunan positif ekonomi, peluang pekerjaan yang akan hilang serta manfaat buat rakyat yang akan disumbang projek ini untuk negara.”

Sumber :

SUMBER : apahaltu

sumber : sayaphitam

-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments