Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini dan merampas dokumen sebanyak lapan troli.
SPRM serbu DBKL, rampas 8 troli dokumen |
Menurut laporan Malay Mail, sejumlah pegawai SPRM tiba di DBKL pada pukul dua petang dan meninggalkan bangunan itu dua jam kemudian.
Namun ketika ditanya, mereka berkata tujuan kedatangan hanya untuk mendapatkan dokumen dan enggan mengulas lanjut.
ARTIKEL MENARIK: “Saya Tak Main Golf Tapi Saya Suka Menjala Ikan & Masak Serta Buat Pekasam Ikan Yang Saya Jala.” Hobi Mat Sabu Menteri Pertahanan..
Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mohd Amin Nordin berkata DBKL telah membatalkan sepuluh projek yang dianggarkan bernilai RM1 bilion.
“Terdapat beberapa projek yang saya batalkan. Tak kurang sepuluh (projek)… hampir RM1 bilion (nilainya).
“Mana-mana lagi projek yang belum ditender, saya telah batalkan,” katanya ketika ditemui selepas bermesyuarat dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, Kuala Lumpur.
Ketika dihubungi berhubung serbuan hari ini, Amin hanya berkata DBKL akan memberikan kerjasama kepada SPRM.
“DBKL akan terus bekerjasama dengan SPRM dan membantu siasatan mereka,” katanya.
Sumber - Wowberita
Post a Comment