“Saya Tak Main Golf Tapi Saya Suka Menjala Ikan & Masak Serta Buat Pekasam Ikan Yang Saya Jala.” Hobi Mat Sabu Menteri Pertahanan..

“Saya Tak Main Golf Tapi Saya Suka Menjala Ikan & Masak Serta Buat Pekasam Ikan Yang Saya Jala.” Hobi Mat Sabu Menteri Pertahanan..

KUALA LUMPUR: Lazimnya sukan golf sinonim dengan hobi menteri, namun tidak bagi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu apabila beliau memilih hobi yang lebih sederhana.

“Saya Tak Main Golf Tapi Saya Suka Menjala Ikan & Masak Serta Buat Pekasam Ikan Yang Saya Jala.” Hobi Mat Sabu Menteri Pertahanan..
“Saya Tak Main Golf Tapi Saya Suka Menjala Ikan & Masak Serta Buat Pekasam Ikan Yang Saya Jala.” Hobi Mat Sabu Menteri Pertahanan..
Ketika di wawancara bersama media di Wisma Pertahanan hari ini, Mohamad berkata, beliau tidak menyukai sukan berkenaan kerana tidak kena dengan jiwanya.

ARTIKEL MENARIK: ‘Muka kecewa dia lain macam, tak pernah tengok dia begitu’ – Kempunan maggi kari semalaman, pelajar maut dalam kemalangan


“Saya tak main golf tapi saya suka menjala ikan, dan akan memasak ikan yang saya jala.

“Sebahagian ikan yang diperoleh itu saya akan buat pekasam untuk beri kepada kawan-kawan,” katanya.

Namun jelasnya, hobinya itu agak sukar untuk beliau lakukan ketika ini kerana kekangan masa.


“Jika ada peluang saya akan teruskan,” katanya ringkas.

Sementara itu ketika ditanya, apa lagi kesukaannya, Mohamad berkata beliau juga suka memasak.


“Gambar yang tular saya memasak di media sosial itu cuma sedikit sahaja saya masak, cuma media yang terlebih melaporkan.

“Bagi saya antara kesukaan masakan saya ialah nasi daging ala saya dan kari kambing atau ikan,” katanya.


Dalam pada itu ketika ditanya bagaimana perjalanannya sebagai menteri ketika ini, katanya beliau kini sudah di tahap selesa.

“Sudah boleh! kita kalau kawin pun tiga, empat hari sahaja kekok,” katanya.

Dalam pada itu katanya beliau ada cara tersendiri dalam menerajui kementerian pertahanan.

“Saya ada cara iaitu ‘style’ Mat Sabu,” katanya.-SinarHarian

Sumber - PenmerahPress

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post