Saya Akan Dakwa Dan Tidak Akan Lepaskan Pesalah 1MDB. Kata AG Tommy Tommas Pada Hari Pertama Bertugas

Saya Akan Dakwa Dan Tidak Akan Lepaskan Pesalah 1MDB. Kata AG Tommy Tommas Pada Hari Pertama Bertugas

KUALA LUMPUR: Peguam Negara yang baru, Tommy Thomas berkata tugas pertamanya ialah mendakwa orang yang dituduh bersalah dalam skandal 1MDB.

Saya Akan Dakwa Dan Tidak Akan Lepaskan Pesalah 1MDB. Kata AG Tommy Tommas Pada Hari Pertama Bertugas
Saya Akan Dakwa Dan Tidak Akan Lepaskan Pesalah 1MDB. Kata AG Tommy Tommas Pada Hari Pertama Bertugas


Keutamaan pertama dan segera kerajaan ialah semua perkara berkaitan 1MDB, kata Thomas pada hari pertama beliau memulakan tugasnya.

Beliau yang menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, beliau sudah mengkaji dokumen dikaitkan dengan 1MDB.

ARTIKEL MENARIK: Perdana Menteri Tun Mahathir Ditanya Adakah Benar RM257 Juta Diperuntukkan Untuk Agong. Ini Jawapan Tun M Yang Buat Semua Wartawan Gelak!


Kami akan memulakan prosiding jenayah dan sivil di mahkamah terhadap mereka yang dituduh bersalah, katanya.

Thomas berkata, Jabatan Peguam Negara juga akan menghubungi rakan sejawatan di Amerika Syarikat, Switzerland, Switzerland, Luxembourg dan Singapura.

IMG_20180605_053721-300x212-1.jpg

Kami akan memberi bantuan dan kerjasama penuh kepada mereka dalam semua perkara berkaitan 1MDB, dengan matlamat berbilion dolar yang dicuri daripada pembayar cukai dikembalikan kepada Malaysia, katanya di pejabatnya di Presint 4, di sini.

Ditanya jika ada orang akan disiasat berhubung 1MDB ketika ini, katanya, beliau perlu mengkaji dokumen itu terlebih dahulu.


Thomas berkata, keutamaan ke-2 beliau ialah memansuhkan undang-undang bersifat penindasan.

Perdana menteri sudah mengumumkan pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta Akta Anti-berita Tidak Benar, tetapi senarai undang-undang seperti itu agak panjang dan jabatan perlu menyatakan langkah pemansuhan keseluruhan atau sebahagian atau atas dasar segera.

Thomas berkata, Jabatan Peguam Negara secara bebas akan mengkaji kewajipan antarabangsa diambil kerajaan terdahulu, termasuk kontrak dengan negara lain bagi menentukan jika mereka bertentangan kepentingan Malaysia.

Katanya, fokus ke-3 beliau ialah pendakwaan terpilih dan mereka yang melanggar undang-undang akan berdepan undang-undang sepenuhnya tanpa mengira status mereka.

Mereka yang tidak melakukan sebarang kesalahan, tidak perlu takut. Malaysia ialah negara bebas. Kita tidak perlu takut polis datang ketuk pintu tengah malam.

Thomas turut berjanji akan memberitahu kebenaran dan menegakkan keadilan kerana keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan, tetapi rakyat perlu melihat cara ia dilaksanakan.

Beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Katanya, banyak pembaharuan perlu dilakukan dan Jabatan Peguam Negara memerlukan bantuan semua pihak berkepentingan untuk memperbaiki dan mengukuhkan sistem serta struktur undang-undang.

VIDEO :



Sumber : FMT

sumber : mamakusyg.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post