Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau belum membaca artikel yang mendakwa kerajaan memperuntukkan RM256.9 juta antara Januari hingga April tahun ini untuk yang di-pertuan agong.
Perdana Menteri Tun Mahathir Ditanya Adakah Benar RM257 Juta Diperuntukkan Untuk Agong. Ini Jawapan Tun M Yang Buat Semua Wartawan Gelak! |
“Saya belum tengok artikel itu,” katanya dalam sidang media di Putrajaya sebentar tadi.
Mahathir diminta mengulas artikel oleh pemimpin pusat BERSATU Datuk A Kadir Jasin yang juga bekas seorang pemain penting dalam industri media.
Kadir dalam blognya berkata agong yakin dengan pelantikan pakar perlembagaan Tommy Thomas sebagai peguam negara.
“Mengapa tidak? Ia dijamin oleh perlembagaan, diberikan kemewahan dan malah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) cium tangan mereka,” tulisnya.
“Selama 16 bulan, sehingga April tahun ini, keseluruhan RM256.9 juta telah diperuntukkan kepada yang di-pertuan agong untuk tujuan penginapan, tempat tinggal, istana, barangan peribadi, pesawat dan pengangkutan, latihan dan peralatan pengiring, pakaian dan barangan istiadat, hadiah dan cenderahati, lawatan luar negara dan gaji kakitangan istana.”
ARTIKEL MENARIK: Moga Allah selamatkan penjawat awam yang lain.Ucap Datuk Adam Lokman selepas ditamatkan perkhidmatan
Sementara itu, Mahathir juta berkata tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar perbelanjaan hidup dan peribadi Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang mencecah suku bilion dalam tempoh 16 bulan seperti yang didakwa sebelum ini.
“Dia (Kadir) kata tapi saya nak kena tengok betul atau tidak, perbelanjaan untuk beberapa tahun setahun ke, 10 tahun ke saya tak tahu, saya kaji tengok saya maklum nanti,” katanya.
ISU dakwaan mengenai perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong menggamatkan sidang media di Perdana Putra di sini, Rabu.
SUMBER : MALAYSIA KINI
Video Penuh – ‘Saya kaji dulu, saya beritahu pada tuan’
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau belum membaca artikel yang mendakwa kerajaan memperuntukkan RM256.9 juta antara Januari hingga April tahun ini untuk Yang Di-Pertuan Agong.
Video Penuh Sidang media pasca mesyuarat Kabinet
Berikut adalah rakaman sidang media pasca mesyuarat Kabinet oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
sumber :wakandaforever.com
sumber : sayaphitam
Post a Comment