Kejam, Tiada Hati Perut- Bapa Salah Seorang Tertuduh Ugut Saksi Beri Kenyataan Tidak Benar

Kejam, Tiada Hati Perut- Bapa Salah Seorang Tertuduh Ugut Saksi Beri Kenyataan Tidak Benar

Tahun lepas Malaysia dikejutkan dengan berita kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi pada 22 Mei 2017.

Kejam, Tiada Hati Perut- Bapa Salah Seorang Tertuduh Ugut Saksi Beri Kenyataan Tidak Benar
Kejam, Tiada Hati Perut- Bapa Salah Seorang Tertuduh Ugut Saksi Beri Kenyataan Tidak Benar
Insiden itu telah menaikkan kemarahan rakyat Malaysia dan inginkan pesalah-pesalah dibawa ke muka pengadilan.

Semalam merupakan hari perbicaraan kes kematian arwah Zulfarhan dan saksi pendakwaan, Ahmad Senabil Mohamad yang juga penuntut tahun ketiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia menceritakan serta menggambarkan reaksi Zulfarhan ketika ditekap wap oleh raka-rakannya.

ARTIKEL MENARIK: 'Ibu Temui Ajal Ditikam Anak Kandung Sendiri'


Mangsa dipukul beramai-ramai

1.png

“Tolong, panas!” Penuntut tahun ketiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia, Ahmad Senabil Mohamad (22 tahun) telah membuat lakonan semula bagaimana reaksi Zulfarhan ketika ditekap seterika wap oleh rakan-rakannya selepas Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah meminta Senabil menggambarkan keadaan Zulfarhan pada ketika itu.


Mengulas mengenai kejadian berkenaan, saksi pendakwaan ke-24 itu berkata Zulfarhan ditekap dengan seterika wap bermula dari 4 pagi hingga subuh pada 22 Mei 2017.

Senabil berkata, kejadian bermula apabila Abdoul Hakeem Mohd Ali (tertuduh keenam) bertanya beberapa soalan kepada Zulfarhan mengenai kes kecurian komputer riba. Walaubagaimanapun, disebabkan mangsa bercakap putar-belit, Abdoul Hakeem terus menumbuknya di perut sebanyak dua kali.


Lepas itu Abdoul Hakeem tanya soalan sama lagi. Zulfarhan jawab tapi dia jawab putar belit lagi. Abdoul Hakeem terus tumbuk diikuti Danial Firdaus. Zulfarhan tak lawan balik.

Mereka sambung pukul Zulfarhan sambil tanya soalan. Tak lama kemudian ramai-ramai masuk dalam bilik tu.

Ramai yang terlibat dalam kejadian menyayat hati itu..

2.png

Dalam keterangan Senabil, mangsa dipukul beramai-ramai. Dia melihat Abodul Hakeem menggunakan penyangkut baju untuk memukul mangsa manakala Danial Firdaus memakai kasut getah seterusnya menyepak mangsa. Selain itu, kayu penyodok sampah juga digunakan untuk melakukan perbuatan itu.


Saya tak dapat cegah mereka daripada memukul Zulfarhan kerana mereka ramai. Mungkin saya juga akan kena sekali.

Pada 3.30 pagi, ada yang dah balik bilik masing-masing dan yang tinggal di bilik itu hanya saya, Mohd Syafiq, Abdoul Hakeem, Azamuddin, Afif Najmudin, Shobirin, Najib dan Akmal Zuhairi.

Ketika itu Akmal Zuhairi memegang seterika wap dan bila mereka tanya soalan kepada Zulfarhan, Akmal Zuhairi yang mula menekap seterika ke kaki dan badan Zulfarhan.

Ketika ditanya siapa lagi yang menekap seterika selain Akmal Zuhairi, Ahmad Senabil memberitahu individu lain yang terlibat ialah Afif Najmudin, Mohamad Shobirin, Muhammad Azamuddin dan Muhammad Najib.

Zulfarhan ketika itu meniarap di atas lantai sambil kedua-dua tangan dan kaki diikat dengan tali pinggang taekwando dan dia menggelupur.

Disebabkan Zulfarhan masih tidak mengaku, Abdoul Hakeem menyuruh Akmal Zuhairi membuka ikatan mangsa dan mencuci lantai bilik itu disebabkan peluh dan darah Zulfarhan.

Sebelum ini di awal prosiding, Ahmad Senabil memberitahu mahkamah bahawa dia membuat laporan polis kerana mendakwa bapa kepada Muhammad Najib yang juga seorang tertuduh dalam kes ini telah mengugutnya supaya mengubah kenyataan dan tidak bercakap benar.

Perbicaraan akan disambung pada Ogos ini

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan bersuhabat dan membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM kira-kira jam 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang semuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain juga didakwa atas pertuduhan menyebabkan cedera terhadap mangsa dengan sengaja bagi maksud hendak memerasnya supaya pengakuan dibuat mengenai kes kecurian komputer riba. Untuk pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan dihadapan Hakim Datuk Azman Abdullah akan bersambung pada 16 Ogos ini.
Pesalah tiada hati perut- Netizen

3.png

4.png

5.png

Sumber: Harian Metro via Ohbulan

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post