PH pasti rampas Kelantan, Terengganu daripada PAS pada PRU15, kata Rafizi

PH pasti rampas Kelantan, Terengganu daripada PAS pada PRU15, kata Rafizi

KEMAMAN: Pakatan Harapan (PH) yakin dapat menawan Terengganu dan Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

PH pasti rampas Kelantan, Terengganu daripada PAS pada PRU15, kata Rafizi
PH pasti rampas Kelantan, Terengganu daripada PAS pada PRU15, kata Rafizi
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berkata beliau yakin PH mempunyai peluang besar mengambil alih kedua-dua negeri pantai timur itu memandangkan kerajaan pusat kini diterajui PH.

ARTIKEL MENARIK: Jangan ingat Siti Kassim dah selamat! Ini arahan terbaru Muhyiddin pada peguam tersebut!



raf.jpg


“Saya dah beritahu sahabat Pakatan (PH), insya-Allah…kita ada peluang besar (untuk menang nanti).

“Sebab itu saya berjanji pada pimpinan lain yang saya akan bantu tumpu dapatkan kemenangan PH di Terengganu pada pilihan raya depan,” katanya semasa berucap pada majlis keraian Aidilfitri 2018 PKR Dewan Undangan Negeri Air Putih, hari ini.

Walaupun tewas di Terengganu, Rafizi menasihatkan para pemimpin PH negeri supaya terus membantu rakyat tanpa mengira parti yang mereka sokong pada PRU14.

ANALISIS PRU 14 KELANTAN : SIRI 1 (PARLIMEN TUMPAT, MACHANG DAN KOTA BHARU)

Analisis ini secara asasnya menggunakan perbezaan undi yang diterima parti-parti bertanding di peringat parlimen dan DUN. Ternyata metodologi ini mampu antara lainnya menjangka unsur sabotaj calon, kekuatan pengundi atas pagar dan kekuatan pengundi teras parti bertanding.

Antara rumusan awal yang dapat dikenal pasti bagi siri 1 ini ialah seperti berikut ;

1) Terdapat dua golongan pengundi. Pertama pengundi teras. Mereka ialah pengundi yang mengundi PAS di kedua-kedua kerusi parlimen dan dun. Kedua ialah pengundi atas pagar. 

Mereka ialah yang yang mengundi PAS di salah satu samada di parlimen atau dun sahaja.
2) Di beberapa parlimen terdapat pengundi atas pagar telah memilih sama ada PH atau BN di peringkat parlimen dan mengekalkan PAS di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Namun undi dari penyokong teras PAS berjaya mengekalkan undi PAS di peringkat Parlimen. Ini juga telah menunjukkan bahawa PAS mempunyai jumlah pengundi teras yang ramai.

3) Terbukti rakyat Kelantan memang cermat dan bijak dalam memanfaat undi mereka sama ada mempertimbangkan calon atau parti dan pertimbangan antara pemilihan calon di peringkat parlimen atau DUN. Ini kerana pola pengundi di setiap parlimen adalah berbeza-beza.

PARLIMEN TUMPAT

Di parlimen Tumpat, dianggarkan 47000 pengundi PAS di peringkat DUN kekal memilih PAS di peringkat parlimen Tumpat. Ini kerana PAS telah kekurangan undi di parlimen Tumpat sebanyak 108 sahaja berbanding di peringkat DUN. Menariknya, sekitar 2300 pengundi BN di peringkat DUN telah memilih untuk mengundi PH dan kekal untuk menolak PAS dan BN sendiri di peringkat parlimen. Ini juga menunjukkan calon parlimen BN ditolak oleh pengundi BN di peringkat DUN sendiri. Selain itu, dapatan ini juga menunjukkan bahawa pengundi atas pagar di Tumpat telah memilih sama ada PH atau BN di peringkat parlimen dan mengekalkan BN di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun undi mereka tidak mampu mengalahkan undi dari penyokong teras PAS sehingga berjaya mengekalkan undi PAS di peringkat Parlimen. Dari segi penerimaan calon, penerimaan calon PAS ditentang sengit oleh calon PH.

PARLIMEN MACHANG

Di parlimen Machang, dianggarkan sekitar 4500 pengundi PAS di peringkat DUN telah memilih untuk tidak mengundi PAS di peringkat parlimen. Daripada jumlah tersebut sekitar 3200 orang mengundi BN dan 1200 orang pengundi PH. Ini juga secara tidak langsung menunjukkan pengundi menolak calon PAS di peringkat Parlimen dan lebih menerima calon daripada BN.

PARLIMEN KOTA BHARU

Di parlimen Kota Bharu, dianggarkan 4600 – 4700 pengundi PAS dan BN di peringkat DUN telah memilih untuk mengundi PH di parlimen Kota Bharu. Ini juga menunjukkan sekitar 4100 pengundi PAS di DUN tidak mengundi parti itu di peringkat parlimen manakala sekitar 400 orang pengundi BN di DUN tidak mengundi parti itu di parlimen. Selain itu, dapatan ini juga menunjukkan bahawa pengundi atas pagar di Kota Bharu telah memilih sama ada PH atau BN di peringkat parlimen dan mengekalkan PAS di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN). Namun undi pengundi atas pagar tidak mampu menghapuskan undi dari penyokong teras PAS sehingga berjaya mengekalkan undi PAS di peringkat Parlimen. Dari segi penerimaan calon di peringkat parlimen Kota Bharu, penerimaan calon PAS ditentang sengit oleh calon PH.


SUMBER: Milo Tunggeng

SUMBER: Freemalaysiatoday

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post