Jangan ingat Siti Kassim dah selamat! Ini arahan terbaru Muhyiddin pada peguam tersebut!

Jangan ingat Siti Kassim dah selamat! Ini arahan terbaru Muhyiddin pada peguam tersebut!

MENTERI Dalam Negeri Muhyiddin Yassin meminta Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun untuk memberi laporan terperinci berhubung insiden melibatkan peguam dan aktivis Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, sebelum mengambil sebarang tindakan.

Jangan ingat Siti Kassim dah selamat! Ini arahan terbaru Muhyiddin pada peguam tersebut!
Jangan ingat Siti Kassim dah selamat! Ini arahan terbaru Muhyiddin pada peguam tersebut!

Video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah. Sumber artikel themalaysianinsight.com

Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau mengambil maklum pandangan orang ramai mengenai tindakan siasatan polis terhadap Siti Kasim berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh ibu bapa yang mengatakan bahawa anak mereka diculik.
Beliau juga mengambil maklum mengenai respons Siti Kasim bahawa pada masa tersebut, beliau bertindak sebagai peguam kepada mangsa, katanya.

“Saya bersetuju mengenai hak individu untuk mendapatkan bantuan guaman, dan hak untuk bertindak tanpa dipengaruhi atau diugut oleh mana-mana pihak.


ARTIKEL MENARIK: MENGEJUTKAN! Lim Guan Eng Dedah Kenyataan Menteri Kewangan akan terus dikeluarkan dalam bahasa Mandarin, Inggeris!


“Bagaimanapun, sebagai menteri, saya perlu untuk mengimbangi kepentingan awam dan kepentingan individu, tanpa mengganggu siasatan polis,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau mengambil maklum bahawa permohonan polis untuk menahan reman Siti Kasim ditolak oleh mahkamah semalam.

Beliau berkata ia selari dengan konsep pembahagian kuasa, peranan mahkamah adalah untuk menentukan kesahihan tindakan polis dan untuk mengimbangi segala hak yang termaktub di bawah perlembagaan.

Semalam, Siti Kasim ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 12.40 pagi kerana dipercayai menghalang tugas penjawat awam susulan laporan polis oleh seorang wanita yang mendakwa peguam itu melarikan anak perempuannya yang berusia 24 tahun pada Khamis lepas.



Wanita berkenaan dikatakan dilarikan ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang sebelum diselamatkan pasukan polis di sebuah unit kondominium di Segambut pada Sabtu malam.
Polis membebaskan Siti Kasim setelah Mahkamah Kajang menolak permohonan reman terhadapnya.
Namun, polis masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana dakwaan menculik serta menghalang tugas penjawat awam. – Bernama, 25 Jun, 2018.
Terdahulu…

Muhyiddin tak patut campur tangan kes Siti Kasim, kata peguam

Zainul Rijal Abu Bakar berkata gesaan menteri dalam negeri campur tangan bertentangan dengan ‘peraturan undang-undang’ yang dijanjikan kerajaan baru.


Zainul Rijal Abu Bakar berkata proses undang-undang sewajarnya tidak patut diabaikan. (Gambar Bernama)


Zainul Rijal Abu Bakar berkata gesaan menteri dalam negeri campur tangan bertentangan dengan ‘peraturan undang-undang’ yang dijanjikan kerajaan baru.

PETALING JAYA: Seorang peguam tidak bersetuju dengan gesaan agar Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan dalam kes aktivis dan peguam Siti Kasim yang ditangkap susulan dakwaan beliau menculik anak guamnya dan menghalang pegawai polis menjalankan tugas.

Mengatakan ia bertentangan dengan janji kerajaan baharu untuk menegakkan “peraturan undang-undang”, Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memberitahu FMT, gesaan sedemikian memberi isyarat bahawa proses undang-undang sewajarnya boleh diabaikan.

“Ini tidak wajar. Semua orang, termasuk eksekutif, mesti membiarkan proses undang-undang yang sewajarnya berlaku.”

Zainul berkata fakta kes itu perlu disiasat dan dijelaskan terlebih dahulu.
“Jika terdapat salah guna kuasa polis, Siti harus membawanya ke mahkamah untuk menentukannya. Saya yakin seorang peguam seperti dia juga tidak mahu eksekutif campur tangan dalam sebarang proses penyiasatan sama ada untuk atau terhadapnya.”

“Siti mempunyai banyak jalan untuk mendapatkan bantuan undang-undang, tetapi ia tidak sepatutnya meminta menteri dalam negeri untuk campur tangan.”

Zainul berkata jika menteri dalam negeri dibenarkan menentukan tindakan polis, maka Malaysia tidaklah lebih baik berbanding sebelum ini.

“Sekiranya polis mengambil tindakan yang tidak mengikut undang-undang, maka mahkamah adalah tempat terbaik untuk mendapatkan pengadilan.”

Sementara itu, seorang lagi peguam, Shaharudin Ali mempunyai pandangan yang berbeza dan mempersoalkan kebisuan Kabinet.

“Nampaknya terdapat ketidakpedulian terang-terang terhadap peraturan undang-undang dan prosedur jenayah. Mereka yang mengambil bahagian dalam serbuan rumah Siti mesti berdepan tindakan undang-undang.

Siti, menurut Shaharudin harus memulakan prosiding terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Awal hari ini, Siti melahirkan harapan agar menteri dalam negeri akan meneliti tindakan polis yang disifatkan sebagai “menindas”, selepas polis menyerbu rumahnya pada malam Sabtu lalu.

Ia selepas laporan yang dibuat terhadapnya kerana didakwa menculik anak guamnya, satu pertuduhan, yang dinafikannya.

Siti ditahan di ibu pejabat polis Kajang pada Sabtu dan dibebaskan semalam selepas Mahkamah Majistret menolak permohonan reman terhadapnya atas dakwaan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas. – (Sumber: Freemalaysiatoday)

Sumber - kicappedas

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post