Nilai barang rampasan milik Najib RM1.1 bilion

Nilai barang rampasan milik Najib RM1.1 bilion

Polis mengambil masa 36 hari untuk mengira dan menilai barang rampasan daripada beberapa lokasi membabitkan milik bekas Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, pada 16 dan 17 Mei lalu.

Nilai barang rampasan milik Najib RM1.1 bilion
Nilai barang rampasan milik Najib RM1.1 bilion
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, ia membabitkan penggeledahan di enam premis milik Najib dan dua anaknya di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata, lapan pasukan khas bertanggungjawab untuk mengira dan menilai barang rampasan terbabit.

Katanya, seramai 150 anggota penyiasat teruskan pengiraan nilai barang rampasan bermula 21 Mei hingga 25 Jun, walaupun ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

ARTIKEL MENARIK: (Video) Anjing terseksa dijemur dan dirantai tuannya setiap hari


Menurutnya proses pengiraan nilai barang rampasan terpaksa mengambil masa yang lama kerana ia membabitkan beberapa pakar barang kemas dan pakar barang berjenama.

"Nilai barang rampasan dalam siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM900 juta hingga RM1.1 billion.

"Sebanyak 25 daripada 72 beg mengandungi barang kemas seperti cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya sebanyak 12,000 barang. Jumlah pasaran barang kemas yang dirampas berharga kira-kira RM880 juta.

"Barang kemas termahal yang dirampas dari serbuan ke premis berkaitan Najib ialah seutas rantai leher bernilai RM6.4 juta," katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, kira-kira 30 kenyataan dari pelbagai pihak sudah diambil dan direkod polis bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sumber-sumber atau penyumbang kepada barang-barang yang dirampas sedang dikenal pasti.


Kami juga akan memanggil Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam masa terdekat untuk diambil keterangan," katanya.

1.jpeg

Jumlah Barang Kemas Dan Barangan Berharga Yang Dirampas Daripada Kediaman Najib:

1) 567 beg tangan daripada 37 jenama mewah bernilai RM51.3 juta (8 hari mengira) - Paling mahal beg tangan berharga RM1.6 juta -Antara jenama termasuk Hermes, Prada, Chanel, Versace, Bijan (tempahan khas)

2) 423 utas jam tangan berjenama mewah bernilai RM78 juta (3 hari untuk mengira) - Lebih 100 jenama mewah dan yang paling mahal jam tangan Rolex bernilai RM3.5 juta

3) 234 Cermin Mata daripada 34 jenama mewah bernilai RM374,000 - Antara jenama Versace dan Dior

4) 12,000 jenis barang kemas dianggar bernilai RM442 juta tidak termasuk kos rekabentuk (nilai pasaran 50%-100% lebih tinggi dianggar RM660 juta hingga RM880 juta)

a) 1,400 utas rantai - paling mahal rantai emas berlian putih bernilai RM6.4 juta

b) 2,200 cincin

c) 2,100 gelang

d) 2,800 anting-anting

e) 1,600 "brooch"

f) 14 tiara

5) 35 beg mengandungi wang tunai bernilai RM116.7 juta daripada 26 mata wang asing

Sumber:  Harian MetroMalaysiaKiniBuletin Utama TV3

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post