Beg Bijan antara barang rampasan di kediaman Najib

Beg Bijan antara barang rampasan di kediaman Najib

PETALING JAYA: Nama beg tangan mewah berjenama Bijan menceriakan suasana sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pagi Rabu.

Beg Bijan antara barang rampasan di kediaman Najib
Beg Bijan antara barang rampasan di kediaman Najib
“Bagaimana ejaan beg tersebut?” demikian tanya seorang wartawan pada sesi soal jawab.

Amar Singh bagaimanapun mengeja nama beg tangan tersebut sambil tersenyum.

“Sebentar… sebentar. Beg ini tidak ada di pasaran, ia ‘custom made’ dan beg mahal,” katanya.

Mengulas mengenai nilai beg tangan yang dirampas dari enam lokasi penggeledahan yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Amar Singh berkata ia berjumlah sebanyak RM51.3 juta.

ARTIKEL MENARIK: Nilai barang rampasan milik Najib RM1.1 bilion


“Ia melibatkan sebanyak 567 beg tangan dari lebih 37 jenama. Antaranya adalah jenama Hermes, Prada, Channel dan Bijan,” katanya.

Menerusi carian di Google, beg tangan mewah itu direka pereka terkenal kelahiran Iran, Bijan Pakzad yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).






Koleksi mewah rekaan Bijan Pakzad seperti minyak wangi, kasut dan beg tangan dijual di butik House of Bijan.

Antara pelanggan House of Bijan adalah bekas Presiden AS, Barack Obama, pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles, pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner, pelakon terkenal seperti Pierce Brosnan dan Arnold Schwarzenegger serta Raja Monaco, Putera Rainer.


sumber: wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post