KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup mengetepikan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan Projek Transit Aliran Massa (MRT) 3, sebaliknya merancang memperkenalkan kereta nasional baharu.
Najib Mengkritik Perlaksanaan Kereta Nasional Oleh Tun Mahathir. Kata nya lebih Baik laksanakan HSR dan MRT 3 dahulu supaya RAKYAT menikmati Kemudahan! |
Kerajaan juga tidak harus melaksanakan langkah perlindungan yang hanya akan membebankan rakyat dengan harga kereta dan kos pembiayaan yang lebih tinggi.
“Sepanjang saya menjadi Perdana Menteri, saya telah membuat keutamaan untuk mengurangkan harga kereta secara beransur-ansur termasuk pengurangan cukai dan memperkenalkan insentif semasa memperluaskan projek pengangkutan awam,” katanya.
Beliau berkata, hasilnya harga kereta pada masa ini lebih rendah berbanding sebelumnya dan penggunaan pengangkutan awam juga meningkat.
ARTIKEL MENARIK: Tak Batal Puasa Sekiranya Kamera Masuk Ke Lubang Dvbur, Tapi Akan Nampak Mat Sabu Dan Nurul Izzah – Sindir Ustaz Zamihan
“Jangan batalkan projek pengangkutan awam hanya kerana saya memulakannya dan kembali membuat projek yang semata-mata untuk kebanggaan negara dan akhirnya akan menyusahkan rakyat,” katanya.
Bercakap pada Persidangan Nikkei ke-24 di Jepun, Dr Mahathir mengatakan bahawa Proton bukan lagi sebuah kereta kebangsaan Malaysia kerana kepentingan besar dalam syarikat kini dimiliki oleh Zhejiang Geely Holding Group dari China.
“Cita-cita kami adalah untuk membuat kereta nasional dengan kerjasama negara-negara lain di rantau ini,” katanya.
TOKYO – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan hasratnya untuk memulakan projek kereta nasional baharu.
Dr Mahathir berkata berkata Proton yang beliau lancarkan, bukan lagi kereta nasional.
“Cita-cita saya adalah untuk memulakan kereta nasional (baharu) besama rakan usaha sama di rantau ini,” katanya dengan menyebut negara seperti Jepun, China, Korea Selatan dan Thailand.
Bercakap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei ke-24, di sini pada Isnin, Dr Mahathir berkata negara-negara berkenaan mampu mengeluarkan kereta berkualiti dan kereta yang boleh dipasarkan.
“Kami mahu mengakses pasaran dunia (menerusi projek baharu kereta berkenaan,” katanya.
Dr Mahathir kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Jepun. – Bernama
SUMBER : lineclear
Post a Comment