Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dilaporkan prihatin dengan hutang dan keadaan ekonomi negara hari ini.
DYMM Yang Di Pertuan Agong Potong Gaji Dan Emolumen Demi Negara… |
“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad amat prihatin terhadap hutang negara dan keadaan ekonomi negara.
“Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan Negara yang telah diwujudkan oleh kerajaan baru-baru ini.
“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga ingin bersama rakyat menunaikan tanggungjawab baginda dengan bertitah perkenan agar peruntukan gaji dan emolumen baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang pemerintahan baginda sehingga tahun 2021,” kata Wan Ahmad dalam satu kenyataan media.
ARTIKEL MENARIK: Najib Mengkritik Perlaksanaan Kereta Nasional Oleh Tun Mahathir. Kata nya lebih Baik laksanakan HSR dan MRT 3 dahulu supaya RAKYAT menikmati Kemudahan!
Seri Paduka juga bertitah untuk tidak mengadakan sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Istana Negara.
“Anggaran peruntukan kewangan untuk Majlis Rumah terbuka tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik,” titah baginda.
Jumlah kutipan untuk Tabung Harapan Malaysia (THM) kini mencecah lebih RM56,662,086.58.
Menurut laman Twitter rasmi Kementerian Kewangan, jumlah terkumpul itu adalah setakat jam 3 petang, hari ini, sejak ia dilancarkan pada 31 Mei lalu.
Pada 30 Mei, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan penubuhan THM bagi membolehkan rakyat Malaysia menyumbang bagi membantu menangani masalah hutang dan liabiliti negara yang kini mencecah RM1 trilion.
Sumber : Sayap Hitam Dot Com.
Post a Comment