Mokhtaruddin lasso, kisah seorang lelaki melayu yang tidak percaya kewujudan tuhan

Mokhtaruddin lasso, kisah seorang lelaki melayu yang tidak percaya kewujudan tuhan

Sejak kebelakangan ini netizen makin terbuka untuk berbincang serta memberitahu mengenai perkara peribadi terutamanya mengenai agama serta kepercayaan.

Mokhtaruddin lasso, kisah seorang lelaki melayu yang tidak percaya kewujudan tuhan
Mokhtaruddin lasso, kisah seorang lelaki melayu yang tidak percaya kewujudan tuhan
Terbaru di Twitter, kecoh mengenai seorang lelaki Ex-Muslim mendedahkan kisah peribadi dan kepercayaannya. Menurut orang ramai perkara itu sepatutnya tidak patut dikongsikan kerana ia perkara yang sangat sensitif.

Berhubung dengan isu itu, pereka grafik politik dan artis jalanan Fahmi Reza berkongsi kisah mengenai seorang lelaki bernama Mokhtaruddin Lasso. Dia merupakan seorang lelaki Melayu tetapi tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Baca perbualannya serta persoalan yang diajukan kepada rakannya yang beragama Islam.

ARTIKEL MENARIK: Punca Kekecohan Semasa Pemilihan Puteri Umno Sampai Ada Yang Diludah.


Mokhtaruddin Lasso, Seorang Melayu Tidak Percayakan Tuhan

(1) Ini kisah mengenai seorang Melayu atheis (tak percaya kewujudan tuhan) bernama Mokhtaruddin Lasso. Dia seorang nasionalis Melayu dari zaman sebelum merdeka. Dia seorang pejuang anti-penjajah. Dan dia tak percaya tuhan.

(2) Mokhtaruddin Lasso dilahirkan tahun 1915. Keturunan Minangkabau. Masa zaman perang Jepun, dia berjuang dalam hutan angkat senjata utk melawan fasis Jepun yang menjajah Malaya. Lepas tamat perang, dia jadi pengasas parti politik nasionalis Melayu pertama dlm sejarah.

(3) Pada tahun 1945, Mokhtaruddin tubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di Ipoh, Perak bersama-sama sahabat dia Ahmad Boestamam (gambar). PKMM adalah parti Melayu pertama yang memperjuangkan kemerdekaan lebih awal dari UMNO. Slogan parti PKMM mereka ialah “Merdeka”



(4) Ramai yang tak tahu, tapi Mokhtaruddin adalah Presiden pertama PKMM. Dan Naib Presiden PKMM masa tu ialah tokoh Islam, Dr. Burhanuddin Al-Helmi (yang kemudian jadi Presiden PAS). Macam mana seorang atheis dan seorang Islamis boleh duduk & bergerak dalam satu parti?






(5) Pada zaman sekarang sangat mustahil untuk seorang pemimpin Islam untuk duduk di bawah kepimpinan seorang bukan Islam. Tapi pada zaman itu Dr. Burhanuddin dan nasionalis-nasionalis Melayu aliran kiri lain boleh menerima kepimpinan seorang Melayu yang atheis seperti Mokhtaruddin Lasso.

(6) Mokhtaruddin Lasso juga pernah berdebat dengan Dr. Burhanuddin tentang soal kewujudan tuhan. Ahmad Boestamam telah merakamkan satu perbualan antara Mokhtaruddin dan Burhanuddin dalam buku “Dr Burhanuddin: Putera Setia Melayu Raya” (Penerbitan Pustaka Kejora, 1972).




Apakah benar Tuhan itu ada, Tuan Doktor?’

(7) Di bawah ini aku kongsikan seluruh perbualan tersebut yang aku ambil dari buku Ahmad Boestamam: “Dr. Burhanuddin, Mokhtaruddin Lasso & saya berbual-bual di pejabat harian ‘Suara Rakyat’, lidah resmi PKMM yg saya ditugaskan menjadi pengarangnya, di Jalan Brewster.”

(8) “Sechara tiba2 saya dengar Mokhtaruddin bertanya kepada Dr. Burhanuddin: Apakah benar Tuhan itu ada, tuan Doktor? Pertanyaan ini dikeluarkannya sambil tersenyum. Saya terperanjat juga mendengarkan pertanyaan itu. Tidak saya duga2.”

(9) “Mungkin, hati saya segera menduga, Mokhtaruddin hendak menguji keteguhan Dr. Burhanuddin berugama. Sudah tentu saja Tuhan ada, Dr. Burhanuddin menjawab pendek. Benarkah DIA berkuasa? Mokhtaruddin bertanya lagi. Benar, jawab Dr. Burhanuddin.”

‘Kalau benar DIA berkuasa suruhlah DIa membuat sepasang terompah kayu sekarang..’

(10) “Kalau benar DIA berkuasa suruhlah DIA membuat sepasang terompah kayu sekarang dan kalau DIA boleh membuatnya saya akan perchaya Tuhan itu ada dan DIA berkuasa, tetapi tidak sebaliknya, berkata Mokhtaruddin kepada Dr. Burhanuddin.”

(11) “Saya melihat tepat kemuka Dr. Burhanuddin. Saya mahu memastikan apadia reaksinya kepada pertanyaan ini. Apakah dia akan menjawabnya atau apa? Tidak shak lagi pertanyaan Mokhtaruddin itu pertanyaan yang hanya boleh datang dari seorang ‘free thinker’…”

(12) “…seorang yang tak perchaya adanya Tuhan, seorang komunis, seorang yang bersandar bulat kepada ‘dialectical materialism’. Dan ini tidak pula memeranjatkan saya.”

(13) “Sebagai seorang bekas pejuang yang menentang Jepun yang berpengkalan dalam hutan Mokhtaruddin tak shak lagi tentu telah bergaul dan seterusnya mengikuti kursus politik komunis yang menjadi pelopor perjuangan melawan Jepun itu.”

(14) “Kalau pertanyaan yg demikian dihadapkan pada para fanatik ugama atau lebai2 kolot dikampung2 kemungkinan Mokhtaruddin dilanyak & dipukul mereka karena dituduh murtad dan menduakan Tuhan tidak mustahil. Tetapi adakah Dr. Burhanuddin akan bersikap seperti mereka itu juga?”
(15) “Inilah pertanyaan yang mula2 timbul dalam benak saya. Saya chemas. Hati kechil saya menyesali Mokhtaruddin karena membuat pertanyaan itu.”

(16) “Masakanlah patut Tuhan diminta membuat pekerjaan yang remeh seperti membuat terompah kayu itu”, Dr. Burhanuddin memberikan jawapannya dengan tenang. Tidak ada tanda marah dalam suaranya sewaktu memberikan jawapan ini.”

(17) “Ini tidak bererti Tuhan tidak boleh membuat terompah kayu itu”, Dr. Burhanuddin meneruskan kata2nya. “DIA boleh. Kalau alam ini dapat dichiptaNYA kenapa pula perkara mudah dan kechil seperti membuat terompah kayu itu tidak boleh?”

‘Bagaimanakah ini sedangkan Tuhan itu dikatakan esa, tidak dua dan tidak tiga’

(18) “Kalau seseorang yang pakar dalam ilmu pasti misalnya boleh menjawab masalah2 yang tinggi dalam ilmu itu dengan mudahnya mustahillah dua kali lima dia tidak tahu. Itu lojik, bukan? Demikianlah ibaratnya Tuhan dengan membuat terompah kayu itu.”

(19) “Kalau banyak orang, banyak manusia yang menjadi makhluk Tuhan, sudah boleh membuat terompah kayu belaka kenapakah harus diperlukan juga tenaga Tuhan untuk perkara yang remeh ini? Tidakkah itu sama saja seperti menyuruh seorang ayah mengesat hingus atau menghisap punting…”

(20) “…sedang bayi2 kechil pun sudah tahu belaka membuatnya?” Mokhtaruddin Lasso saya lihat tertegun. Tetapi dia belum puas hati lagi. Dia timbulkan pula masalah lain yang berhubung dengan soal Tuhan juga.”

(21) “Orang2 Islam menyembah Tuhan yang mereka panggil Allah”, kata Mokhtaruddin. “Tetapi ada juga orang yang menyembah bulan, matahari & banyak yang lain lagi. Mereka katakan benda2 ini Tuhan mereka. Bagaimanakah ini sedangkan Tuhan itu dikatakan esa, tidak dua dan tidak tiga?”

(22) “Dr. Burhanuddin tersenyum dulu sebelum menjawab pertanyaan ini. “Ada orang yang memanggil kasut itu kasut tetapi ada pula yang memanggilnya sepatu, dia menjawab. Tetapi bukankah ‘kasut’ dan ‘sepatu’ itu benda yang satu itu juga? Begitulah pula dengan Tuhan ini.”

(23) “Ada yang memanggilnya Allah, ada yang memanggilnya God, ada yang memanggilnya Tok Pekong, ada yang memanggilnya Sami, ada yang bertuhankan Bulan, Matahari dan entah apa lagi. Itu soal bahasa dan istilah seperti ‘kasut’ dan ‘sepatu’ tadi. Panggilannya saja yang banyak…”

(24) “..tetapi bendanya tetap yg satu itu juga. Ertinya Tuhan itu memang esa. Dan kalau saudara masih ragu adanya Tuhan, tambah Dr. Burhanuddin lagi (kini seperti hendak mengajar Mokhtaruddin pula) maka hujah saudara tadi itu dapat saya kembalikan utk menikam saudara kembali.”

‘Kita seri- tak kalah tak menang’

(25) “Bagaimana? Mokhtaruddin bertanya. Bukankah saudara mengatakan tadi ada orang yang mengatakan bulan itu Tuhan, matahari itu Tuhan, Allah itu Tuhan dan seterusnya — masing2 ada Tuhan yang disembahnya? Mokhtaruddin menganggukkan kepalanya.”
(26) “Dan komunis pun perchayakan ‘nature’ kan?” Mokhtaruddin menganggukkan kepalanya lagi. “Tidakkah itu menunjukkan setiap orang perchayakan adanya Tuhan karena tidak ada orang yang mengatakan tidak ada? Ya, Tuhan itu ada dan esa.” Dr. Burhanuddin tersenyum lebar…”

(27) “…sambil memandang tepat ke muka Mokhtaruddin Lasso, menantikan reaksinya. Mokhtaruddin mengangkat kedua-dua belah tangannya keatas dan berkata: ‘Chukuplah setakat itu saja tuan Doktor dan kita kira seri — tak kalah tak menang’.”

(28) “Saya mengikut saja, meningkah Dr. Burhanuddin. Kalau chukup kata saudara chukuplah, kalau tak chukup ayoh lagi. Perdebatan itu berhenti setakat itu saja.” Di atas adalah petikan penuh dari buku Ahmad Boestamam.

(29) Itulah ceritanya. Cuba bandingkan jawapan tenang Dr. Burhanuddin bila berdialog dengan seorang atheis Melayu dengan komen2 yang kita baca di twitter sekarang. Kalau Mokhtaruddin Lasso masih hidup sekarang dah pasti dia kena kecam dan kena bash oleh budak2 Melayu di twitter.

Sumber : ohbulan

Sumber :  Lubok Cerita Express.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post