Punca Kekecohan Semasa Pemilihan Puteri Umno Sampai Ada Yang Diludah.

Punca Kekecohan Semasa Pemilihan Puteri Umno Sampai Ada Yang Diludah.

74 ketua bahagian menang tanpa bertanding

Punca Kekecohan Semasa Pemilihan Puteri Umno Sampai Ada Yang Diludah.
Punca Kekecohan Semasa Pemilihan Puteri Umno Sampai Ada Yang Diludah.
Seramai 74 ketua bahagian Umno telah menang tanpa bertanding dalam Pemilihan Umno 2018, kata setiausaha eksekutif parti Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Dalam senarai yang diberikan kepada media, antara pemimpin bahagian yang menang tanpa bertanding ialah Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong) dan Datuk Seri Mustapha Mohamed (Jeli ).

Seramai 66 timbalan ketua bahagian dan 46 naib presiden bahagian juga menang tanpa bertanding.

Ab Rauf menambah, 85 ketua Pemuda bahagian menang tanpa bertanding.

ARTIKEL MENARIK: Niat Mahu Malukan ISLAM Tapi Ini Yang Terjadi..


Bagi ketua-ketua bahagian Wanita, 108 menang tanpa bertanding dan 126 lagi ketua bahagian Puteri juga menang tanpa bertanding.

Mengenai pemilihan sayap Umno, Ab Rauf menambah bahawa kira-kira lima bahagian masih mengadakan mesyuarat dan hampir 40 peratus undi dari 191 bahagian telah dikira.

“Kami sedang menunggu pengiraan undi sekurang-kurangnya 60 peratus sebelum membuat pengumuman.

“Bagaimanapun, bagi situasi di mana terdapat hubungan rapat, kami akan menunggu keputusan rasmi sebelum mengumumkannya,” katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.

SUMBER : MSTAR ONLINE


BERGADUH KETIKA KIRA UNDI PUTERI DAN WANITA UMNO?

KUALA LUMPUR – Mesyuarat dan Pemilihan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang dicemari dengan insiden pergaduhan antara beberapa anggota Puteri dan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Kekecohan berlaku ketika proses pengiraan undi sedang berjalan.

Kena Ludah Pulak?

Ia dipercayai bermula apabila ada individu secara tiba-tiba meludah salah seorang perwakilan yang hadir dalam majlis tersebut.

Pergaduhan itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum berjaya dileraikan.

Menurut seorang perwakilan, kejadian berlaku apabila pintu bilik pengiraan undi tiba-tiba ditutup.

Katanya timbul rasa tidak puas hati beberapa pihak sehingga berlaku provokasi yang menyebabkan keadaan bertukar kecoh.

Kenapa mesti tutup pintu?

“Saya pelik kenapa pintu bilik undi tiba-tiba ditutup? Seharusnya ia dibuka bagi kesemua orang dapat melihat proses itu dijalankan secara telus,” katanya. Seramai 74 perwakilan hadir ke mesyuarat dan pemilihan Puteri bahagian tersebut

Video Kejadian


SUMBER : SINAR HARIAN

Sumber : kucinghitamm.com

Sumber :  Muka Media.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post