Mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti pernah bermain permainan ‘Teka Bunyi Haiwan’. Permainan ini memerlukan ibu bapa untuk merangsang sel otak anak-anak sekali gus mengenal pasti sama ada anak mereka mengetahui bunyi yang dikeluarkan oleh haiwan.
Baru 11 tahun tetapi pakar dalam meniru bunyi haiwan. Dengar sambil menutup mata, anda pasti sangka ia adalah bunyi haiwan sebenar! |
Namun, terdapat seorang kanak-kanak perempuan dari New Bremen, Ohio yang memiliki bakat hebat dalam meniru bunyi haiwan.
ARTIKEL MENARIK: Lagi 2 Kontena Sardin Mengandungi Cacing Ditahan, Jenama Ini Anda Mungkin Selalu Makan
Lilly Walker, 11 tahun sangat arif dengan pelbagai bunyi haiwan khususnya yang dipelihara di ladang keluarganya. Dengan bakat yang unik ini, Lilly telah menyertai rancangan ujibakat America’s Got Talent.
Peniru bunyi haiwan yang comel ini memulakan persembahannya dengan mengekek sambil menutup wajahnya. Mungkin kerana malu dan gementar.
Tidak lama kemudian, dia mengagumkan seluruh penonton dan juri dengan bunyi nyaring ikan lumba-lumba. Dia meneruskan bakatnya dengan meniru bunyi ayam belanda, kuda dan sebagainya.
Mendengar bunyi haiwan yang dihasilkan dari mulut Lilly, salah seorang juri iaitu Howie Mandell kelihatan terpesona dan mengagumi bakat anak kecil itu.
Antara haiwan lain yang ditiru oleh Lilly dengan hebat adalah seperti anjing, itik, ayam berkokok dan kesemuanya kedengaran seperti bunyi haiwan sebenar!
Tiada siapa sangka bunyi yang mereka dengar itu keluar daripada mulut seorang kanak-kanak! Sejurus selepas persembahan ini tamat, para penonton memberikan tepukan yang gemuruh kepada Lilly dan dia bertuah kerana memperoleh empat ‘Ya’ daripada kesemua juri!
Sumber: Era Baru
Sumber : V i R a L M a N i A
Post a Comment