Kos Siar Piala Dunia. TERKINI RTM Tak Keluar Satu Sen Pun. RM30 Juta Telah Habis Ditaja.

Kos Siar Piala Dunia. TERKINI RTM Tak Keluar Satu Sen Pun. RM30 Juta Telah Habis Ditaja.

GEORGETOWN – Kerajaan Persekutuan telah mendapat penajaan sepenuhnya daripada syarikat swasta bernilai RM30 juta bagi menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 secara langsung menerusi saluran RTM, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Kos Siar Piala Dunia. TERKINI RTM Tak Keluar Satu Sen Pun. RM30 Juta Telah Habis Ditaja.
Kos Siar Piala Dunia. TERKINI RTM Tak Keluar Satu Sen Pun. RM30 Juta Telah Habis Ditaja.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan persekutuan tidak akan membelanjakan satu sen pun untuk siaran langsung Piala Dunia 2018.

“Kita telah memperoleh tajaan daripada syarikat-syarikat swasta sebanyak RM30 juta dan mereka akan dapat pulangannya dengan iklan iaitu iklan-iklan syarikat tersebut akan disiarkan semasa siaran langsung Piala Dunia diadakan.

ARTIKEL MENARIK: 3 maut nahas bas ekspres, dua lori di Pagoh


“Selain itu setiap penonton juga akan dapat menjimatkan bayaran sekurang-kurangnya RM100. Ini kerana kalau kita hendak lihat permainan ini mesti bayar lebihan RM100 dan sekurang-kurangnya mereka boleh jimat dengan bayaran itu,” katanya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, hari ini.

Guan Eng berkata pihaknya turut menerima kritikan apabila hasrat kerajaan untuk menyiarkan siaran eksklusif Piala Dunia 2018 itu yang membabitkan nilai RM30 juta sedangkan kerajaan turut melancarkan kutipan derma menerusi Tabung Harapan Malaysia.


“Kita ada juga terima kritikan mengapa kita mengenakan wang untuk siaran ini tetapi pada masa yang sama kita pula adakan Tabung Harapan. Ini yang kita telah jelaskan tapi mungkin tidak disiarkan dengan lebih jelas bahawa sungguhpun kita keluarkan RM30 juta, tetapi kita akan dapat balik wang 30 juta ringgit daripada iklan-iklan dari tajaan syarikat -syarikat swasta,” katanya.

RTM dijadual menyiarkan 27 perlawanan secara langsung dan 14 perlawanan menerusi siaran tertunda sepanjang kejohanan bola sepak selama sebulan itu.

Sumber: Sinar Harian

Sumber - khalifahmailonline

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post