3 maut nahas bas ekspres, dua lori di Pagoh

3 maut nahas bas ekspres, dua lori di Pagoh

MUAR,18 Ramadan 1439H, Ahad – Tiga maut dalam kemalangan melibatkan dua lori dan sebuah bas ekspres di KM142.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Pagoh di sini, Ahad.

3 maut nahas bas ekspres, dua lori di Pagoh
3 maut nahas bas ekspres, dua lori di Pagoh

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Muar Marzuki Ismail berkata, mereka yang meninggal dunia adalah pemandu bas ekspress itu dikenal pasti sebagai Shuaib K.K Mohamed Unny, 50, manakala dua lagi adalah penumpang bas yang masih belum dikenal pasti identiti mereka.

“Seorang lagi pemandu dan 25 penumpang bas ekpress itu selamat, pemandu lori treler dan lori tangki yang terlibat dalam kemalangan sama juga selamat. Punca kemalangan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

ARTIKEL MENARIK: 4 Maut termasuk tiga wanita terlibat kemalangan ngeri


Mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk rawatan. Mangsa yang meninggal dunia diserah kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya menerusi kenyataan di sini, Ahad.


Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.08 tengah hari dan operasi menyelamat tamat pada pukul 2.10 petang tadi.

Katanya, 13 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar, dan 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir terlibat dalam operasi itu.– Bernama



Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post