Khairy Jamaluddin dilaporkan bakal bertanding jawatan presiden Umno pada pemilihan parti hujung bulan ini, walaupun sebelum ini mengisytiharkan beliau hanya akan merebut jawatan naib presiden.
Khairy Jamaluddin Buat Satu Keputusan Yang Tidak Disangka. Zahid Hamidi Rasa Tercabar Dengan Kenyataan Ini. |
Jika ia menjadi kenyataan, kedudukan presiden Umno yang lazimnya tidak dicabar dalam pemilihan sebelum ini akan menyaksikan pertembungan empat penjuru.
Sebelum ini, calon yang sudah mengesahkan pencalonan adalah pemangku Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tokoh veteran Tengku Razaleigh Hamzah dan blogger Rahmat Azim Abdul Aziz.
Tengku Razaleigh, atau Ku Li, yang pada mulanya dilihat keberatan mengesahkan pencalonannya semalam selepas banyak pihak dalam parti itu menggesa beliau berbuat demikian.
ARTIKEL MENARIK: 'Saya akan pastikan UMNO berperanan sebagai pembangkang setia' - Ku Li umum bertanding jawatan Presiden UMNO
Sumber daripada kem Ku Li memberitahu Malaysiakini bahawa langkah Khairy itu mungkin untuk memecahkan undi bagi meningkatkan peluang kemenangan Ahmad Zahid – yang menjadi sebahagian daripada barisan kepimpinan tertinggi ketika kekalahan bersejarah Umno dan BN pada PRU lalu.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata Khairy merupakan pemimpin terbaik untuk menjadi presiden parti lamanya itu.
Khairy bagaimanapun tidak mengambil berat pandangan itu dengan berkata Mahathir hanya membuat kenyataan sarkastik untuk memerlinya.
Sumber: https://indahnyaislam.net/khairy-jamaluddin-buat-satu-keputusan-yang-tidak-disangka-zahid-hamidi-rasa-tercabar-dengan-kenyataan-ini/ Via Aiskacang
Masa depan Umno di tangan Khairy
Sekiranya Umno tidak berubah ke arah mengetengahkan kepimpinan muda yang berkaliber, parti keramat ini akan akhirnya mati dimamah usia.
Pengumuman Khairy Jamaluddin akan bertanding jawatan presiden Umno merupakan perkembangan positif di arena politik tanah air.
Kini, Umno yang mempunyai kerusi terbanyak di dalam pembangkang secara semula jadinya akan memimpin blok pembangkang. Jika Umno kukuh, maka kuatlah pembangkang.
Namun, nasib Umno ini bergantung kepada pemilihan parti yang akan berlangsung 30 Jun kelak, yang akan memilih presiden dan pimpinan parti yang lain.
Pencalonan Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat sebagai langkah ke hadapan dari segi mengimarahkan demokrasi dalam Umno itu sendiri, namun tidak cukup untuk menyuntik semangat dan harapan baru ke dalam parti yang dipenuhi ahli-ahli yang sudah berusia senja.
Zahid, bekas timbalan perdana menteri, masih berdepan masalah persepsi untuk diterima rakyat. Jika presiden Umno tidak diterima rakyat, apakah Umno berpeluang meraih sokongan yang cukup untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang?
Tiada gunanya jika presiden disokong ahli parti, tetapi ditolak rakyat.
Manakala Tengku Razaleigh pula, zaman beliau sebenarnya sudah lama berakhir dan faktor
umur tidak menyebelahi beliau.
umur tidak menyebelahi beliau.
Sejak akhir-akhir ini juga, kenyataan bersifat penafian terhadap punca kekalahan Barisan Nasional (BN) iaitu skandal 1MDB, Felda, Mara, menunjukkan beliau masih di dalam kepompong dan tidak peka dengan sentimen rakyat yang menjadi punca kekalahan BN.
Dua senario ini menggambarkan cabaran yang hebat bagi kedua-dua pemimpin ini untuk memulihkan Umno.
Sudah tiba masanya Umno memberi peluang kepada darah muda menerajui kepimpinan Umno, bukan demi parti itu semata-mata, tetapi demi membina blok pembangkang yang kuat. Ini bagi memberikan semak imbang kepada kerajaan supaya sistem demokrasi kita lebih matang demi kebaikan negara.
Sebaliknya, Khairy dengan telus mengakui punca kekalahan BN sejurus selepas berakhirnya PRU14. Ada di antara ahli akar umbi Umno yang menganggap kenyataan itu sebagai tindakan khianat.
Namun, jika akar umbi juga masih enggan mengakui punca kekalahan BN ini, maka Umno tidak mempunyai harapan untuk dipulihkan.
Jika kita tidak mampu bersikap jujur dan mengakui punca masalah Umno, masakan ahli-ahli Umno mampu mengubati penyakit yang dihidapi parti yang semakin tenat ini.
Umno memerlukan pemimpin baru, idea-idea baru, jentera muda yang bertenaga untuk memberikan saingan hebat kepada kerajaan. Dengan adanya pimpinan muda, maka peluang untuk menarik sokongan belia dapat dicetuskan semula.
Sudah tiba masanya, generasi terdahulu memberikan peluang kepada orang muda, sekiranya mereka ingin menyelamatkan Umno, menguatkan BN untuk berpeluang merampas tampuk pemerintahan daripada Pakatan Harapan (PH) menjelang PRU15.
Oleh itu, ahli akar umbi Umno akan lebih beruntung sekiranya Khairy memenangi pemilihan 30 Jun ini. Setakat ini, hanya beliau sahaja yang dilihat mempunyai keupayaan untuk memulihkan Umno dan memberikan saingan hebat kepada PH kerana 3 sebab.
Pertama, beliau mengakui punca kekalahan BN, iaitu skandal yang diselubungi parti tersebut. Hanya dengan mengenal pasti dan mengakui punca sesuatu penyakit, barulah mereka dapat mengubati parti yang sedang tenat ini.
Kedua, beliau yang mempunyai sokongan orang muda terbesar di dalam parti mampu merombak pimpinan daripada cengkaman “warlord” yang mengamalkan politik “naungan” atau “patronage” setelah sekian lama.
Imej beliau sebagai pemimpin generasi muda mampu menarik sokongan orang muda ke dalam Umno dan membuka ruang untuk mereka yang berbakat menerajui parti.
Ketiga, sebagai pemimpin muda yang berintelek dan fasih berucap, berdebat dalam bahasa Malaysia dan Inggeris, beliau mampu memimpin dan melatih lebih ramai pemikir di dalam Umno untuk mengutarakan pendapat, idea dan berdebat dengan kerajaan tentang isu dan dasar negara.
Jika Khairy mendapat sokongan Umno, kemenangan pada PRU15 tidak mustahil.
Jika Khairy masih tidak diterima ahli Umno, maka pemulihan Umno nampaknya akan menjadi semakin rumit. Sudahlah Umno tewas pada PRU14, BN berpecah, orang muda pula semakin ramai meninggalkan parti yang berusia ini.
Sekiranya Umno tidak berubah ke arah mengetengahkan kepimpinan muda yang berkaliber, parti keramat ini akan akhirnya mati dimamah usia.
Zarra Rawi ialah AJK Penerangan Puteri Umno Bahagian Selayang.
* Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
SUMBER: FMT
Post a Comment