Kisah kemelut rumah tangga Rita Rudaini pernah mendapat liputan meluas media suatu ketika dulu. Namun kini, Rita bahagia bersama dua anak terunanya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Dedah Turut Tidak Terima Duit Belanja Raya Anak, Rita Rudaini Tinggal Pesan Kepada Elly Mazlein |
Siapkan anak-anak sorang-sorang
ARTIKEL MENARIK: “Bila Kita Dah Hilang Sabar, Terpaksa Bercakap Kasar!”- Luahan Datin Nur Shahida Berkenaan ‘Ibu Kandung’ Anak Angkatnya
Menurut Rita, menjelang raya, walaupun kesibukan, dia akan tetap membuat persiapan untuk dua anaknya itu. Malahan, kepentingan mereka didahulukan berbanding dirinya sendiri.
Walaupon sorang-sorang, sibuk sana-sini tapi alhamdulillah sempat siapkan baju anak-anak. Baju raya mommy takde, lepas dapat anak, mommy dah tak kisah dah pasal baju raya, memang takde, harap pakai baju orang hadiah je. Tak kisah pon, kadang-kadang pakai je apa yang ada, anak-anak lebih penting tapi nasib baik dapat anak-anak yang tak meminta-minta.
Hati mommy sebak nak mati
Namun apa yang membuat ibu tunggal ini sayu adalah cahaya matanya itu langsung tidak kisah atau meminta-minta baju raya dan hanya berharap boleh balik kampung menyambut lebaran.
Tanya nak kasut tak? Diorang tak nak, nak baju raya tak? Diorang tak nak, diorang cakap baju dulu dah ada, sedih dengar bila mommy beli baju Melayu sorang dua pasang, Ryan bebel dia cakap ‘Nape mommy membazir? Beli dua?’Titipkan pesan untuk Kak Lina Pompom
Dalam hati mommy sebak nak mati. Mommy jawab ‘Takpe lah, nanti kat sekolah ada celeb raya boleh pakai’ Tanya nak baju casual tak? Tak nak jugak, so Ryan and adik nak apa untuk raya? ‘Tak nak apa-apa, Ryan nak balik kampung je’ Sayu dengar mungkin tuhan nak bagi mommy senang dengan cara ni.
Rita juga sempat berpesan kepada Elly Mazlein atau Kak Lina Pompom supaya tidak terlalu berharap kepada bekas suami untuk mendapat wang perbelanjaan anak-anak. Ujarnya lagi, setelah bertahun menerima layanan serupa, dia sudah lali dengan keadaan itu.
Buat Kak Lina Pom Pom, takyah heran laa kalau pak dia tak bagi baju raya ka, lantak depa, memang mula-mula terasa sedih, geram, sampai hati buat anak mcm ni, tapi lepas dah tiap-tiap tahun macam tu, kami dah lali and tak heran.Sumber: Rita Rudaini
Orang kat luaq sana mesti ingat pak depa bagi baju raya, duit raya, bayaq sekolah, hanya kami dan tuhan je yang tau doa banyak-banyak supaya kita anak-beranak dijauhi dari manusia munafik dan didik anak-anak kita seelok-elok perangai.
Kredit:Ohbulan
Sumber : gengjoyah.com
Sumber : Muka Media.
Post a Comment