HAYAT seorang ibu berakhir dalam keadaan menyayat hati selepas ditikam anak kandungnya di dapur rumahnya di Kampung RTB Bukit Canggang, Kuala Langat, hari ini.
'Ibu Temui Ajal Ditikam Anak Kandung Sendiri' |
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat Deputi Superitendan Kamalariffin Aman Shah berkata, bapa suspek mendapati anak keenam daripada 10 beradik itu tergesa-gesa berlari ke luar rumah dalam keadaan tangannya berdarah serta hanya memakai tuala.
ARTIKEL MENARIK: Cuai nya bekas suami jaga Danial .. Kaki anak lelaki hancur digilis Forklift ditempat kerja ayah nya (10Gambar)
Katanya, lelaki berkenaan cuba mengejar anaknya berusia 20 tahun yang tidak bekerja itu sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
“Anggota polis yang tiba ke lokasi turut bergelut untuk menahan suspek sebelum berjaya menahannya kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.
“Mangsa yang berusia 50 tahun itu ditemui terbaring di dapur dengan kesan tikaman pisau di bahagian kepala,” katanya kepada NSTP.
Kamalariffin berkata, pisau yang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, siasatan awal polis mendapati, ketika kejadian hanya mangsa, suspek dan lima kanak-kanak yang diasuh berusia dua hingga empat tahun berada di dalam rumah itu.
“Semua kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan ketika ditahan suspek dilihat seperti kurang waras, namun siasatan masih dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Kredit - WebSemasa
Post a Comment