Laman Instagram pelakon versatil, Nabila Huda tiba-tiba menjadi perhatian ramai apabila bintang berkenaan menulis luahan seakan ‘amukan’ yang ditujukan terhadap seseorang, dipercayai ibu tirinya.
“Kau Ni Munafik! Aku Didera, Dibuang…’ – Nabila Huda Dedah Perangai Sebenar Ibu Tiri |
Meski Abil bukanlah artis yang suka-suka menghentam mana-mana pihak tanpa alasan munasabah, namun menerusi Insta story, secara tiba-tiba aktres itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap individu yang dimaksudkan.
Menerusi insta storynya itu, dia mengakui dirinya sudah lama memendam perasaan dan kini dia sudah tidak tahan dengan sikap individu terbabit yang dikatakan semakin melampau.
Dalam pada itu, Abil turut menyifatkan bahawa individu itu cemburu dengan kehidupannya dan mencuba untuk mengaibkan dirinya sejak beberapa tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK: Di Bulan Yang Mulia Nabila Huda Mengamuk, Gelar Ibu Tiri Sebagai Pelacur?
Terserlah perangai pelacur!
Bagi nampak jahat di mata semua orang…
Pembawa masalah dari dulu sampai sekarang!
Tolong rasa malu sikit
Dah boleh tarik diri jadi manager tu!
Sekarang kau bawak masalah lagi?
Dah tak boleh berdiam diri!
Masuk campur hal anak aku!
Kurang perhatian ke?
Pembohong / putar belit!
Pernah kena pukul
Setiap malam menangis!
Tekanan perasaan takde siapa tolong!
Dari dulu pembawa masalah!
Macam2 kau maki aku!
Bapak dah tua pun suruh kerja?
Tahun ketiga tak beraya dengan bapak
Nabila Huda mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izwan Johar pada 25 Disember 2015 namun belum dikurniakan cahaya mata.
Terdahulu, wanita berusia 33 tahun itu pernah bergelar isteri kepada Zaidy Zailani serta dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila yang berusia enam tahun.
Bagi Amy Search pula, dia telah berkahwin kali keempat dengan Norish Hassan pada 2003 dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, Sania Samara, dan Qaqa At-Tameemi.
Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, hasil perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.
Manakala menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber : Nabila Huda / Ohmymedia
Sumber : Lubok Cerita Express
Sumber : Lubok Cerita Express
Post a Comment