Baru-baru ini penyanyi lagenda, Amy Search,60 mengumumkan bahawa isterinya, Norhasniza Hassan kini sedang hamil sebulan.
Di Bulan Yang Mulia Nabila Huda Mengamuk, Gelar Ibu Tiri Sebagai Pelacur? |
ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] “Emm Ketat Ketat Bajunya…” – Datuk Seri Vida Dikritik Ramai Gara-Gara Baju Cik B
Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama bersama Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21 menerusi perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad. Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Nabila Huda Mengamuk Di Instagram
Ketika semua umat Islam sedang sibuk membuat persiapan raya, timbul pula kontroversi melibatkan anak Amy Search yang juga pelakon, Nabila Huda apabila sejak semalam sehingga terbaru sebentar tadi, dia kelihatan seolah-olah mengamuk. Beberapa pendedahan telah dibuat Nabila di Instagram nya mengenai seseorang dipercayai salah seorang ibu tirinya.
Mengaku Pernah Didera, Punca Hubungan Dengan Bapa Bermasalah
Menerusi Insta story nya, Nabila mendedahkan bahawa individu tersebut adalah punca mengapa hubungan dia dan bapanya bermasalah. Selama ini pelakon berkenaan hanya mendiamkan diri kerana mengenangkan bapanya namun kini Nabila dikatakan sudah tidak boleh bersabar dan mengambil keputusan untuk menceritakan hal yang sebenar.
Tambah Nabila, dia pernah didera serta dihalau daripada rumah suatu ketika dahulu hanya kerana beberapa perkara yang baginya tidak masuk di akal.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataaan rasmi daripada kedua-dua belah pihak malah kenyataannya yang merujuk kepada ‘ibu’ juga tidak dapat dipastikan kerana Amy sendiri sudah berkahwin selama empat kali di mana ketiga-tiga perkahwinannya terdahulu berakhir dengan perceraian.
Sumber: Gempak
Post a Comment