Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan percaya pemilihan untuk pelbagai jawatan yang dipertandingkan pada kali ini di dalam parti umpama pertandingan di dalam sebuah keluarga.
Ahmad Maslan buka mulut tentang apa yang terjadi dalam pemilihan ahli jawatankuasa umno memang dalam maksud dia |
“Apabila berlaku pertandingan di peringkat cawangan dan sebagainya sehinggalah keperingkat atas, apa yang penting sebenarnya kita merapatkan kembali saf kita. Segala pertandingan disifatkan pertandingan dalam sebuah keluarga.
“Ini yang penting dan kita jangan bakar jambatan sehingga tidak bertegur sapa dan sebagainya. Ini bukan kaedah di dalam UMNO. Pemilihan di dalam UMNO adalah pemilihan di dalam keluarga dan selepas itu kita berbaik semula dan bertegur sapa dan sama-sama menggerakkan kembali UMNO ini,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
ARTIKEL MENARIK: Saya sedar Chef Wan bukanlah ahli parti politik.. komen terkini Tun Mahathir terhadap Chef Wan mengejutkan ramai
Dalam perkembangan lain, Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Biro IT UMNO berkata segala janji dan manifesto kerajaan pakatan harapan hari ini akan terus dipantau untuk kepentingan bersama.
“Insya-Allah kita akan teliti segala janji dan manifesto mereka kepada rakyat,” katanya.
Dalam pada itu beliau turut menjelaskan peranan media sosial akan terus dipertingkatkan dalam usaha menyalurkan maklumat yang sebenarnya.
“Hari ini kita tidak ada medium lain dan oleh itu peranan media sosial akan menjadi penting dan berlipat kali ganda dalam keadaan kita sebagai pembangkang. Harapan kita tegapkan semangat dan teruskan berjuang untuk kepentingan rakyat,” ujarnya.
Pertandingan Dalam Parti Ibarat Sebuah Keluarga – Ahmad Maslan
SUMBER : UMNO ONLINE
Ahmad Maslan pertahankan jawatan MT
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang mempertahankan jawatannya, mahu menggunakan pengalamannya untuk membawa pembaharuan kepada UMNO.
Katanya, beliau akui persaingan merebut jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) lebih sengit kerana ramai yang menawarkan diri bertanding.
“Untuk mendapatkan barisan yang mantap, maka perlu gabungan kepemimpinan yang mempunyai pelbagai latar belakang pengalamannya.
“Barisan kepimpinan UMNO baharu ini masih memerlukan mereka yang berpengalaman untuk bekerjasama dengan orang muda dan orang baharu supaya parti ini terus mendapat sokongan ramai,” katanya ditemui di lobi Menara Dato Onn di sini hari ini.
Beliau yang juga Ketua Biro Teknologi Maklumat (IT) dan Media Sosial UMNO mengumumkan untuk mempertahankan jawatannya sebagai ahli MT.
Katanya, beliau sudah menghantar borang pencalonan semalam.
“Saya berazam untuk memperkukuhkan lagi saluran media UMNO kerana parti itu bukan lagi parti kerajaan.
“Dalam masa yang sama, akan memastikan media sosial UMNO dimantapkan kerana tidak lagi bergantung kepada saluran media arus perdana.
“Saya ada banyak pengalaman dan sudah bersama UMNO sejak 1989 lagi dan menjawat pelbagai jawatan dalam parti. Saya percaya pengalaman ini dapat membantu UMNO untuk terus maju, “katanya.
Mengulas pemilihan yang sengit kerana ramai menawarkan diri, katanya beliau melihat persaingan sengit satu yang sihat.
Katanya, pemilihan kali ini menyaksikan lebih 140,000 ahli membuat pilihan, justeru tidak timbul isu politik wang dan mereka yang terpilih adalah pilihan ahli akar umbi.
SUMBER : BHARIAN ONLINE
Sumber : http://kakitular.com
Sumber : Muka Media
Post a Comment