[VIDEO] Inilah Tahun Di Mana Mahathir pernah ‘ramal’ kejatuhan Umno

[VIDEO] Inilah Tahun Di Mana Mahathir pernah ‘ramal’ kejatuhan Umno

Meramalkan masa depan dengan tepat merupakan antara kebolehan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

[VIDEO] Inilah Tahun Di Mana Mahathir pernah ‘ramal’ kejatuhan Umno
[VIDEO] Inilah Tahun Di Mana Mahathir pernah ‘ramal’ kejatuhan Umno
Dalam sebuah video sepanjang kira-kira 2 minit yang muncul di Youtube pada awal April tahun ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan wajah yang lebih muda sedang memberikan ucapan yang meramalkan Umno tidak akan lagi berkuasa menjelang tahun 2020.

“Pada tahun 2020, Umno mungkin tidak berkuasa lagi kerana ditolak oleh orang Melayu sendiri kerana bosan dengan politik wang yang diamalkan oleh Umno.

ARTIKEL MENARIK:  Isteri Pertama Najib Pernah ‘Dituduh Gila’, kisah Rosmah Mansor sailang suami kawan baiknya


“Saya fikir maksimum Umno boleh pi (pergi). Saya fikir sebelum itu juga kita lihat kualitinya merosot, sokongan kepadanya juga merosot

“Tetapi apabila Umno sudah lemah ditolak orang Melayu maka BN juga akan runtuh,” kata beliau.

Selain menyatakan rakyat meluat dengan politik wang, dalam video itu Mahathir juga meramalkan pemimpin Umno akan mementingkan perebutan jawatan masing-masing dan bukan berjuang untuk negara dan orang ramai.

Beliau berkata hal ini menyebabkan orang Melayu menolak Umno.

Bagaimanapun, Mahathir pada ketika itu tidak percaya Umno akan digantikan dengan parti pembangkang.

c46e4e98b7292f305de6ccec3947f9c8.jpeg


Kemenangan HARAPAN

“Malangnya yang akan mengganti bukanlah parti lawan yang kita tengok sekarang. Kerana parti Melayu yang lain juga tidak akan mendapat sokongan daripada orang Melayu sendiri,” kata beliau dalam video tersebut.

Seperti yang diramal Mahathir, BN kalah pilihan raya untuk pertama kali pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Kemenangan gabungan Pakatan Harapan pada PRU14 dipimpin tidak lain oleh Mahathir sendiri.

Mahathir berumur 92 tahun ketika mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sekali lagi, menjadikan beliau pemimpin paling berusia di dunia.


VIDEO:

Ini Nasihat Dr M pada Umno Selepas Diangkat PM Ke-7…Memang PADU!

UMM.png



Hari ini merupakan ulang tahun ke-72 penubuhan Umno yang pernah memberikan sumbangan penting sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan.

Perdana Menteri yang baru dilantik Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai nasihat kepada parti yang pernah diterajuinya itu.

Nasihat Dr M pada Umno – kembali ke akar kamu

12ee3072dae4e523007f2cf8e83bd37c.jpeg=s4


“Kembali kepada akar kamu,” katanya ketika ditanya Malaysiakini sama ada beliau mempunyai pesanan kepada Umno selepas sidang akhbar di Petaling Jaya malam tadi.
Sebagai presiden Umno selama 22 tahun, Mahathir sejak beberapa tahun kebelakangan ini berkata parti Melayu itu sudah terpesong daripada perjuangannya yang asal.

Semalam, Mahathir mencipta sejarah sebagai pemimpin pembangkang pertama diangkat sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh.

‘Bagi seorang diktator, saya seorang pendengar yang baik’

Terdahulu semasa sidang akhbar, ketika ditanya mengenai perancangan ekonomi sebagai perdana menteri, Mahathir berkata beliau akan mendengar nasihat pakar-pakar dalam kerajaan seperti yang pernah dilakukan ketika menjadi perdana menteri.

“Bagi seorang ‘diktator’, saya juga pendengar yang baik. Di antara orang yang saya dengar (semasa saya terakhir PM) ialah (Tan Sri) Rafidah Aziz (bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa).

“Beliau seorang yang gemar bersuara sama ada anda suka atau tidak,” katanya memecahkan ketawa daripada media tempatan dan antarabangsa yang hadir.

Pengkritik sering mengaitkan Mahathir sebagai seorang diktator ketika memimpin negara ini selama 22 tahun.

Mahathir juga mengucapkan terima kasih kepada Rafidah, bersama-sama bekas menteri Tun Daim Zainuddin dan Tan Rais Yatim, yang dalam beberapa minggu menjelang pilihan raya umum muncul menyatakan sokongan kepada HARAPAN.

“Saya percaya (ahli politik lain juga) berharap mereka ada keberanian. Keberanian adalah komoditi yang kurang di negara ini,” katanya.

Ketiga-tiga bekas menteri itu merupakan pemimpin veteran Umno yang menghadapi tindakan disiplin kerana menyokong HARAPAN pada pilihan raya umum lalu.

Daim dan Rafidah dipecat daripada Umno, manakala Rais berdepan siasatan dalaman.

Nasihat Tun Mahathir Kepada Ahli UMNO


sumber: malaysiakini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post