Tun M Terlibat 13 Kes Rasuah? Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Gesa SPRM Siasat Tun M.

Tun M Terlibat 13 Kes Rasuah? Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Gesa SPRM Siasat Tun M.

PUTRAJAYA – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula 13 kes laporan rasuah yang dibuat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Tun M Terlibat 13 Kes Rasuah? Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Gesa SPRM Siasat Tun M.
Tun M Terlibat 13 Kes Rasuah? Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Gesa SPRM Siasat Tun M.
Presidennya, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, antara laporan kes tersebut pernah dibuat oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang kini Timbalan Perdana Menteri, Lim Guan Eng yang kini Menteri Kewangan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, SPRM di bawah ketua pengarah baharu perlu melakukan siasatan secara telus tanpa mengira apa sahaja jawatan dan pangkat.

ARTIKEL MENARIK: Terkini- BRIM Akan Diberikan Seminggu Sebelum Aidilfitri- Lim Guan Eng


“Jika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang disiasat, SPRM perlu melakukan tindakan yang sama ke atas Mahathir kerana laporan pernah dibuat sebelum ini.

“Jadi JMM mahukan SPRM lebih bebas daripada sebarang pengaruh politik dan tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya selepas selesai menyerahkan dokumen kes salah laku itu di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Sementara itu, dalam kenyataan yang diedarkan kepada media, Azwanddin menyenaraikan sebanyak 13 perkara yang harus disiasat SPRM antaranya pemilikan hampir 100 keping wang kertas RM500 dan RM1,000, skandal Perwaja Steel dan kekayaan luar biasa anak Mahathir.

Laporan Mahathir menggunakan Danamodal untuk menutup kerugian syarikat kroni, aset hiliran Esso Malaysia dan salah guna kuasa sebagai Penasihat Petronas.


Turut tersenarai, skandal Bumiputra Finance, spekulator forex terbesar oleh Bank Negara, kegunaan wang kerajaan untuk melobi, pembelian MAS dengan harga luar jangkaan, siasatan RCI terhadap kerugian RM31.5 bilion Bank Negara serta bailout syarikat perkapalan Konsortium Perkapalan Berhad.


Azwanddin hadir ditemani bekas Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam. – MG Via Mat Bawang

Musa Aman Enggan Kerjasama, SPRM Gagal Geledah Rumah

8eaaa34a04bb78a5dc7e7cd8a3e8a714-1.jpe


Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal membuat carian di hartanah milik bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, lapor media hari ini.
Memetik sumber yang tidak dinamakan The Star melaporkan, kegagalan itu berpunca daripada sikap peguam Musa yang enggan bekerjasama.

Katanya pegawai SPRM pergi membuat siasatan di dua rumah Musa masing-masing satu di Kota Kinabalu dan Sandakan, namun peguam pemimpin Umno Sabah terbabit enggan mengikut mereka.

Disebabkan rumah terbabit kosong pada waktu itu, kata sumber terbabit, pegawai SPRM tidak dapat memasuki premis terbabit kerana bercanggah dengan prosedur agensi berkenaan

“Peguam (Musa) memberikan kunci rumah itu kepada pegawai SPRM, namun mereka enggan menemani penyiasat membuat carian di situ.

“Mengikut prosedur SPRM, pegawai berkenaan perlu diiringi semasa membuat siasatan. Disebabkan peguam terbabit enggan masuk bersama, pegawai SPRM juga tidak memasuki premis tersebut,” katanya.

Laporan itu kemudian disahkan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki.

Sementara itu peguam Musa, Zahir Shah, menafikan laporan lebih awal yang mendakwa sejumlah fail milik anggota dewan undangan negeri Sungai Sibuga dirampas pihak berkuasa.

Siasatan ke atas Musa itu dipercayai berkait dengan dakwaan amalan membeli undi selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

Keputusan awal menyaksikan BN dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) masing-masing memenangi 29 daripada 60 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah.

Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri namun hayat mandatnya itu tidak bertahan lama apabila sejumlah wakil rakyat memberikan sokongan kepada WARISAN menjadikan parti dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendapat majoriti.

Mohd Shafie yang juga bekas naib presiden Umno kemudian dilantik menjadi ketua menteri.
Musa kini dipercayai sudah meninggalkan Malaysia. Sumber SPRM memberitahu Musa sempat keluar dari negara ini sebelum namanya disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen.
Beberapa sumber mendakwa Musa, 67, berada di London dan sedang berunding untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas kerajaan Sabah.

sumber MKini

SUMBER : cegitucegini

Sumber - sayaphitam

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post