PELAKON popular Syafiq Kyle meminta netizen supaya lebih bersikap terbuka dengan watak Ustaz Hamadi yang digambarkan sebagai munafik dalam drama bersiri Nur yang hangat diperkatakan ramai, ketika ini.
Netizen Kecam Watak Ustaz Hamadi Yang Melanggan Pelacur Dalam Drama Bersiri ‘Nur’ Telah Menjatuhkan Imej Ustaz. Pasal Drama Pun Nak Kecoh… |
“Saya ingin mempersoalkan kenapa netizen ingin memperbesarkan watak Ustaz Hamadi yang melanggan pelacur itu?
ARTIKEL MENARIK: “Saya pun tak tahu kontrak akan ditamatkan” – Nabil Ahmad
“Kenapa kejahatan diperbesarkan sedangkan drama Nur menyajikan dua watak ustaz sangat baik iaitu Ustaz Adam dan Ayah Haji, tetapi tidak diperkatakan pulak?
“Walaupun mendapat kecaman, saya dan penulis skrip serta pengarah drama ini, Shahrulezad Mohameddin melihatnya dari sudut positif kerana ia membuktikan drama ini mendapat perhatian penonton,” katanya kepada Harian Metro.
Apapun, kata Syafiq, dia bersyukur kerana drama bersiri Nur mendapat sambutan hangat daripada penonton sejak mula bersiaran 14 Mei lalu.
“Saya dan barisan pelakon serta pihak produksi sudah buat sehabis baik dan percaya drama ini mendapat sambutan hangat kerana jalan ceritanya sangat dekat dengan masyarakat.
“Selain komen negatif, sebanyak 80 peratus lagi peminat memberikan komen positif dan apa yang penting mesej ingin disampaikan kepada penonton,” katanya.
Syafiq ditemui pada majlis pelancaran Al Nayra dan memperkenalkannya sebagai duta produk Klarissa yang berlangsung di Kuala Lumpur, petang semalam.
Mengulas watak Ustaz Adam lakonannya dalam drama Nur pula, Syafiq berkata, dia tidak bimbang jika karakter itu melekat di hati penonton nanti.
“Saya sudah banyak melakonkan watak baik, tetapi watak ustaz sudah lama tidak dilakonkan.
“Sebagai pelakon, ilmu agama saya tidak sehebat manapun dan sekadar melakonkan watak Ustaz Adam mengikut tuntutan skrip.
“Namun, banyak ilmu dan pengetahuan agama yang ditimba ketika melakonkan watak Ustaz Adam itu,” katanya.
Ditanya gandingan dengan Amyra Rosli yang melakonkan watak utama sebagai Nur pula, Syafiq mengakui tiada masalah untuk mencari keserasian dengannya.
“Saya tidak ada masalah berlakon dengan Amyra yang kini berstatus isteri orang kerana kami pernah berlakon sama sebelum dia berkahwin.
“Amyra pelakon profesional dan dia banyak bagi idea untuk kami memberikan lakonan terbaik dalam cerita ini.
“Sebenarnya, saya lebih risau jika bergandingan dengan pelakon masih solo,” katanya.
Terdahulu, drama bersiri Nur mendapat kecaman segelintir netizen yang menganggap penulis skrip drama itu sengaja menjatuhkan maruah golongan ustaz apabila watak Ustaz Hamadi digambarkan alim, tetapi sebaliknya gemar melanggan pelacur dan menggunakan wang anak yatim untuk kepentingan diri sendiri.
Drama bersiri Nur turut menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan Noorkhiriah.
Drama terbitan terbitan Radius One Sdn Bhd itu disiarkan
pada 10 malam setiap Isnin hingga Khamis menerusi Slot Samarinda di TV3 bermula 14 Mei lalu.
Share
Ramlah Zainal
ramlah@hmetro.com.my
Post a Comment