Header Ads

Tun Dr Mahathir Janji Pulangkan Cukai Yang Dikutip Secara Tidak Sah Zaman BN

loading...

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Putrajaya akan cuba mengembalikan wang cukai yang dikutip 'secara tidak sah' daripada orang perseorangan atau perniagaan.

Tun Dr Mahathir Janji Pulangkan Cukai Yang Dikutip Secara Tidak Sah Zaman BN
Tun Dr Mahathir Janji Pulangkan Cukai Yang Dikutip Secara Tidak Sah Zaman BN
"Kita juga sedar di masa-masa rejim lepas ini ramai orang yang telah ditekan dengan cara yang salah. Umpamanya ramai orang dipaksa membayar lebih cukai daripada cukai ditentukan dalam undang-undang kita.

"Kita ingin tahu siapa yang dipaksa ini, berapa banyak yang mereka terpaksa bayar dan kita akan cuba ganti balik wang yang dikutip secara haram ini," kata beliau dalam wawancara TV1.

ARTIKEL MENARIK: Tun Mahathir melawat tanah Malaysia yang telah digadai kepada cina oleh Najib, orang Malaysia tak boleh masuk


Mahathir juga berkata terdapat pihak yang dipaksa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membayar cukai walaupun mereka telahpun membayarnya.

"Mereka didatangi LHDN dan dipaksa LHDN supaya bayar dan kalau tak bayar mereka akan didera dengan diblacklist, tak boleh ke luar negara.


"Ada kala passport ditarik balik, akaun books di rampas.

"Kita tak nak ganggu perniagaan," kata beliau lagi. Sumber: Malaysiakini

-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments