Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah melepaskan kuasa secara baik setelah BN mengalami kekalahan pada pilihan raya umum lalu tanpa mencetuskan sebarang kekecohan.
“Saya Serah Kuasa Dengan Baik Tapi Tak Dilayan Baik” – DS Najib |
Bercakap di hadapan penyokongnya di Pekan hari ini Najib berkata beliau turut dituduh akan mengisytiharkan darurat apabila BN kalah bagi membolehkan beliau terus berkuasa.
“Saya serah kuasa dengan baik. Walaupun saya serah kuasa dengan baik saya tak terima layanan baik. Saya terima tekanan demi tekanan.
ARTIKEL MENARIK: Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin Jelaskan Mengapa Najib tak takut undang-undang!
“Tuan-tuan sendiri tau, tekanan pada saya, isteri, anak. Sampai tempat tinggal anak saya pun digeledah,” katanya.
Rosmah: Layan Kami Seperti Manusia Ada Maruah
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata keluarganya harus dilayan sama seperti manusia biasa yang memiliki maruah dan harga diri.
Beliau berkata demikian berikutan serbuan pihak berkuasa di kediamannya dalam melengkapkan siasatan mereka terhadap 1MDB.
“Saya memahami serbuan pada waktu subuh itu. Saya faham. Saya percaya seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
“Sebaliknya, kami harus diperlakukan seperti manusia biasa. Ada hak untuk memiliki maruah,” kata Rosmah dalam temu bual dengan Malay Mail.
Rosmah merujuk kepada tulisan Datuk A Kadir Jasin mengenai serbuan polis di kediaman Datuk Seri Najib Razak dan rampasan terhadap barangan mewah dalam siasatan mereka.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman baru-baru ini menyerbu beberapa lokasi, termasuk kediaman Najib di Taman Duta dan merampas kotak beg tangan, pakaian dan hadiah.
Polis turut menyerbu tiga unit kondominium yang dikaitkan dengan Najib di Pavilion Residences, Bukit Bintang dan merampas 72 beg wang tunai, barangan kemas dan barang berharga lain, serta 284 kotak beg tangan berjenama mewah.
Rosmah berkata keluarganya tenang menghadapi tindakan pihak berkuasa namun berharap perkara itu akan berakhir tidak lama lagi.
“Kami menerimanya dengan baik, saya fikir kami agak tenang, menjadi keluarga ahli politik. Ini hanya satu daripada cubaan dan kesukaran, bahaya dalam politik.
“Saya mahu perkara ini berakhir secepat mungkin kerana kami mahu meneruskan kehidupan kami,” katanya dipetik sebagai berkata.
Najib yang pernah menjadi individu paling berkuasa di negara ini, kini menghadapi siasatan 1MDB selepas BN mengalami kekalahan pertama sejak merdeka pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, setelah 61 tahun berkuasa.
Najib didakwa menerima deposit berbilion ringgit dalam akaun bank peribadinya, yang mana siasatan antarabangsa mendakwa ia berasal dari 1MDB.
Beliau bagaimanapun menafikan terlibat dalam salah laku atau mengambil dana awam untuk keuntungan peribadi.
“Orang Pekan Masih Sayang Sama Najib”
Hari ini merupakan lawatan pertama bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ke Pekan, Pahang sejak BN mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum, 9 Mei lalu.
Bagaimanapun, sokongan penduduk Pekan terhadap Najib yang telah menjadi anggota parlimen mereka sejak 42 tahun lalu tidak pernah berkurang.
Ketika Najib tiba di kediamannya di Pekan tengah hari ini, beliau diberikan sambutan dan dikerumuni penyokong yang mahu bersalam dan mencium tangannya.
Beberapa penyokong wanita juga dilihat tersedu-sedu menahan tangisan mereka.Apabila Najib keluar dari kediamannya sejam kemudian untuk membantu wanita-wanita berkenaan mengacau bubur lambuk, ramai yang teruja dan mengambil kesempatan bergambar dengan bekas presiden Umno itu.
Anggota jawatankuasa Umno Bahagian Pekan, Melati Ali, 65, berkata beliau akan kekal setia kepada Najib walaupun Umno mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu.
“YB ahli parlimen kita. Saya ahli Umno yang lama yang masa zaman Tun Razak pun, keturunan kami Umno tegar.
“(Kami) takkan beralih walaupun tinggal tiga negeri. Kami tetap mempertahankan Umno supaya satu hari Umno balik semula (menjadi kerajaan),” katanya kepada Malaysiakini.
Beliau juga menyatakan rasa sedih terhadap apa yang berlaku dan tidak menyangka BN akan mengalami kekalahan selepas bekerja keras selama lima tahun.
“Saya tak menyangka perkara ni boleh berlaku.”Dari segi kerja (Najib) memang kerja kuat, bukan untuk setahun, tapi lima tahun sebelum PRU,” katanya.
Sementara itu, Melati juga tidak bersetuju dengan cara Najib dilayan, merujuk kepada tindakan polis membawa trak Black Maria di kediaman bekas perdana menteri itu.
“Saya rasa memang tak wajar. Bukan dia penjenayah. Dia bukan agresif. Kita ada cara lebih tersusun dan berhemah, lagi-lagi ini di bulan puasa,” katanya.
Seperti kebanyakan penduduk tempatan yang lain, Rohana Ali turut berasa terharu menyambut kedatangan Najib ke kawasan itu hari ini.
“(Najib) Banyak tolong orang Pekan dan membawa pembangunan. Dulu tak ada Universiti, sekarang U dah banyak.”Rasa pemerintahan dia memang bagus. Sekarang memang kita rasa sedih untuk masa depan anak-anak kita,” katanya.
Katanya, penduduk kini mula merasakan kesan kekalahan BN apabila projek-projek pembangunan mula berkurangan.
“Apapun memang kita sokong penuh (BN). Walaupun BN jatuh kita tetap Umno. Tak pergi ke lain,” tambah wanita berusia 56 tahun itu.
Najib kini berada di Pekan untuk merasmikan mesyuarat beberapa bahagian Umno.Kediamannya di Taman Duta, Kuala Lumpur dikawal ketat pihak polis sejak beberapa hari lalu selepas serbuan dilakukan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menjangkakan Najib akan didakwa berhubung pengubahan wang haram melibatkan beratus-ratus juta dolar dari 1MDB.
Sumber : kotakmedia.host
Post a Comment