Bulan ramadhan bulan yang ditunggu oleh semua umat Islam. Bagi mereka yang sihat, berpuasa merupakan satu perkara wajib yang perlu ditunaikan dan ianya sudah termaktub di dalam Rukun Islam.
'Baby mengecut dan meninggal dalam perut' - Dua ibu hamil keguguran kerana paksa diri berpuasa penuh |
Halijah Siti berkongsikan melalui statusnya di Facebook mengenai kenalannya yang telah mengalami keguguran kerana berpuasa. Seorang kenalannya mengalami keguguran ketika bayi di dalam kandungan berusia tiga bulan, manakala seorang lagi keguguran semasa bayi berusia 37 minggu.
Kedua-duanya mengatakan mereka tidak berasa lapar, cuma berasa letih sahaja. Segala persiapan kelengkapan bayi telah dibuat, tetapi ujian yang sangat getir perlu mereka terima.
ARTIKEL MENARIK: “Saya Serah Kuasa Dengan Baik Tapi Tak Dilayan Baik” – DS Najib
"Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un, dua orang kenalan Tan Sri keguguran anak sebab paksa diri berpuasa penuh. Dua-dua elok je katanya berpuasa tak rasa lapar pun cuma letih je.
"Seorang gugur tiga bulan, seorang lagi gugur 37 weeks. Baby mengecut dan meninggal dalam perut. Penjelasan doktor Tan Sri tak tahu, tapi kawan ni kata sebab berpuasa. Sebelum Ramadhan dah pulun ganti puasa, lepas tu disambung pulak dengan puasa Ramadhan.
"Ya, puasa tak bersalah, yang bersalah manusia sebab tak ambik rukhsah yang Allah dah anugerahkan. Ada hikmah bila Allah dah bagi keringanan sesuatu perkara.
"Gais, perhatikan badan dan kandungan korang masing-masing. Kalau rasa lapar ke atau letih ke atau tak sedap badan ke atau rasa tak kena, better amek jalan selamat berbuka dulu. Kita mungkin tak rasa apa-apa tapi doktor kata baby distressed. Wallahualam.
"Sedih sebab semua persiapan baby dah beli. Ujian untuk dia. Moga Allah ganti lebih baik lepas ini."
Sumber: Halijah Siti
Sumber Viral Purba https://ift.tt/2rWz2hs
Post a Comment