“Saya pun tak tahu kontrak akan ditamatkan” – Nabil Ahmad

“Saya pun tak tahu kontrak akan ditamatkan” – Nabil Ahmad

PELAWAK dan pengacara Nabil Ahmad menjelaskan dia belum berhasrat untuk meninggalkan tugasnya sebagai hos program MeleTOP selepas ada ura-ura mengatakan tempatnya bakal digantikan oleh orang lain.

“Saya pun tak tahu kontrak akan ditamatkan” – Nabil Ahmad
“Saya pun tak tahu kontrak akan ditamatkan” – Nabil Ahmad
Nabil yang mengendalikan program itu bersama Neelofa sejak 2012 berkata, dia sendiri tidak tahu menahu mengenai gosip tersebut malah tiada sesiapa daripada pihak produksi memberitahu kontraknya bakal ditamatkan.

Ini kerana kata Nabil, kontraknya sebagai hos sehingga tahun 2019.

“Saya sendiri tidak tahu menahu… ini adalah kali pertama saya mendengar mengenainya.

ARTIKEL MENARIK: "Pelik-Pelik Akhir Zaman..Pakailah Betul-Betul" - Gaya Tudung Diana Danielle Dikecam Netizen


“Pihak produksi pun tidak pernah kata apa-apa dan sekiranya benar saya perlu mendengarnya daripada mereka.

image: https://sayaphitam.com/wp-content/uploads/2018/05/e31ee08526174c998f8bc917231dedee.ashxlaen-1.jpg

e31ee08526174c998f8bc917231dedee.ashxlae

Nabil dan Neelofa mengendalikan MeleTOP sejak 2012.



“Apa-apa pun saya anggap ia sebagai gosip semata-mata kerana kontak saya pun masih ada sampai 2019,” katanya.

Dalam pada itu, Nabil berkata, dia tidak merancang untuk meninggalkan MeleTOP seperti diperkatakan kerana menyukai tugasnya sebagai hos program itu.

“Saya sayangkan MeleTOP, saya sudah terlalu lama bersama semua yang terlibat untuk meninggalkan program itu begitu sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nabil berkata, telefilem terbitan syarikat produksinya, Nabil Ahmad Production iaitu The Hantus bakal menemui penonton di Astro pada Aidilfitri nanti.

Selain itu, Nabil berkata, dia juga bakal muncul dalam beberapa program raya termasuk MeleTOP Raya dan Gegar Vaganza Raya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/05/26/nabil-ahmad/#wGB0Tb2sDWk1mUfk.99


Dalam hidup ni, kita memang kena ada someone yang selalu dekat dengan kita. Macam saya, bersyukur sangat sebab saya dah jumpa Co-Pilot saya yang selalu berada dengan saya time susah dan senang. Nak bawak dia lah pergi tengok SOLO : A Star Wars Story – in cinema on 24th of May guyssss #HanSolo #StarWarsMY #KauCoPilotKu

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on May 22, 2018 at 9:26pm PDT

Mood raya mereka bermula. Pakaila baju raya tahun lepas

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on May 21, 2018 at 12:43am PDT

Semalam seharian dkt luar. Pagi shoot utk @jakeltextile hbs je straight shoot Meletop Raya pulak. Tapi kali ni lain sikit sbb kita ada all the juniors mcm2 keletah. Kita pulak yg terhibur tgk dorang

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on May 10, 2018 at 6:00pm PDT

That one person who is always semangat when doing presentations! . Pairing hues of orange and earthy tones from @jonathanlianglive for that extra pop of color, completed the look with #BeLofabyNH collection! #styledbycolin @colinsim

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on Apr 24, 2018 at 2:58am PDT

Another day, another @meletop ! See you guys tonight at 9 pm! Astro Ria & Ria HD

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on Apr 24, 2018 at 4:47am PDT

SUMBER : gengjoyah

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post