PEGUAM Jamal Akhirnya Dedahkan Sebab Sebnar Mengapa Jamil “Melarikan” Diri

PEGUAM Jamal Akhirnya Dedahkan Sebab Sebnar Mengapa Jamil “Melarikan” Diri

PEGUAM Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri, semalam percaya berlaku masalah komunikasi antara pihaknya dan anak guam.

PEGUAM Jamal Akhirnya Dedahkan Sebab Sebnar Mengapa Jamil “Melarikan” Diri
PEGUAM Jamal Akhirnya Dedahkan Sebab Sebnar Mengapa Jamil “Melarikan” Diri
Peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, anak guamnya mungkin beranggapan proses ikat jamin atas tuduhannya sudah sempurna sebelum keluar dari hospital berkenaan.

“Ini pengalaman pertama beliau dalam menghadapi situasi atau prosedur pertuduhan luar kamar mahkamah.

“Saya percaya, ini adalah kes kekhilafan tanpa sebarang niat melakukan apa-apa jenayah termasuk niat untuk lari daripada tahanan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd Imran berkata, pihaknya risau anak guamnya dalam keadaan trauma atau tekanan kerana situasi dan keadaan ini adalah sesuatu yang baru untuk beliau.

ARTIKEL MENARIK: “Saya pun tak tahu kontrak akan ditamatkan” – Nabil Ahmad


“Saya menyeru dan mohon pertolongan rakan yang ada di luar sana supaya dapat membantu kami dan polis dalam mendapatkan beliau untuk menyempurnakan proses ikat jamin tanpa sebarang implikasi terhadap mana-mana pihak.

“Saya memohon kemaafan kepada semua pihak yang terbabit terutama polis, mahkamah dan hospital dalam kes ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memohon supaya Jamal dapat menghubungi kumpulan peguam atau hadir terus ke IPD Ampang Jaya bagi menyempurnakan proses ikat jamin berkenaan.

“Saya percaya polis akan memberikan kerjasama dan bantuan sewajarnya tanpa perlu ada sebarang tangkapan,” katanya.

Semalam, Jamal dilaporkan menjadi buruan polis selepas menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri.

Beliau sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu, ketika menerima rawatan di hospital itu, sekitar 10.45 pagi.


Difahamkan kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada 5.30 petang.

Jamal dikatakan tiada di bilik wad, namun peguam dan penjaminnya masih berada di hospital berkenaan.

Peguam Jamal mendakwa beliau didapati hilang sejak 3 petang selepas kesnya didengar Majistret Raja Noor Dilla Raja Mahyaldin dan diberi jaminan sebanyak RM3,000.

Sumber: hmetro

Apa yang melucukan, netizan sempat troll antara teknik2 penyamaran Jamal:

Hati2..jamal mungkin akan menyamar seperti wajah2 di bawah. Jika terjumpa, sila lapor ke balai berhampiran. Suspek dikehendaki polis…

Image may contain: 9 people, people smiling

Kredit: Ratu Naga – Makcik Bawang

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post