Header Ads

Rafizi dedah nama tokoh Pas terlibat dengan 1MDB

loading...

SUNGAI BESI – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa bekas pemimpin Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Rafizi dedah nama tokoh Pas terlibat dengan 1MDB
Rafizi dedah nama tokoh Pas terlibat dengan 1MDB


Pendedahan itu dibuat menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Rafizi, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.

Difahamkan, Mohd Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.

ARTIKEL MENARIK: Mahkamah arah TV3 bayar RM1.1 juta pada Anwar


“Siasatan SPRM ke atas SRC International Sdn Bhd mendapati sejumlah dana syarikat itu telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib. Daripada akaun Najib, terdapat bayaran kepada peguam tertentu.

“SPRM telah menyoal siasat peguam tersebut dan mendapatkan bukti tokoh-tokoh yang dibayar menggunakan wang SRC International Sdn Bhd yang disalurkan melalui peguam tersebut.

“Salah seorang penerima bayaran daripada peguam tersebut adalah Nasharudin,” katanya dalam sidang media tersebut.

Menurut Mohd Rafizi lagi, maklumat mengenai dakwaan tersebut didedahkan oleh seorang kenalannya yang juga merupakan bekas pegawai kanan SPRM.


“Pada 28 Januari lalu, saya bertemu dengan seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertanya khabar setelah beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan. Itu adalah kali pertama kami berkomunikasi baik secara elektronik mahupun bersua muka.

“Beliau adalah pegawai SPRM terkanan mengetuai siasatan ke atas dana 1MDB dan keterlibatan Najib dalam skandal tersebut. Oleh itu, beliau mempunyai maklumat yang sahih dan terperinci mengenai siasatan dan aliran dana daripada 1MDB ke akaun peribadi Najib, seterusnya ke akaun tokoh politik lain,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan ke SPRM esok pada jam 11 pagi bagi membuat laporan berhubung perkara berkenaan.

Beliau turut menyarankan mana-mana pihak tampil membuat laporan polis jika tidak berpuas hati dengan pendedahan yang dibuat.

“Kepada mereka yang banyak cekadak di luar sana, melalak di Facebook tidak akan mendatangkan hasil. Saya minta mereka buat laporan polis,” tegasnya.



www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Boleh buka semula siasatan, kata Musa Hasan

Polis perlu membuka semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu sekiranya ada keterangan baharu dikeluarkan…

Sayap Hitam Dot Com.

-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments