Polis Geledah Rumah Najib, Barangan Peribadi Dan Beg Tangan Di Rampas!

Polis Geledah Rumah Najib, Barangan Peribadi Dan Beg Tangan Di Rampas!

Polis ‘masuk’ kondo Najib di Pavilion KL, geledah empat lokasi lain

Polis Geledah Rumah Najib, Barangan Peribadi Dan Beg Tangan Di Rampas!
Polis Geledah Rumah Najib, Barangan Peribadi Dan Beg Tangan Di Rampas!
PETALING JAYA: Lebih 15 kereta polis dan sebuah trak polis tiba di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di ibu negara pada Rabu malam.

Terdahulu, Najib menunaikan solat tarawih di Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur.

trak-1.jpg

ARTIKEL MENARIK: “Kita kawan paling akrab dalam politik dan kita perang paling parah”- Anwar Ibrahim


Difahamkan, polis turut berada di empat lagi lokasi iaitu di Kompleks Seri Perdana, Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Pavilion Tower A dan Pavilion Tower B.

Selain kereta polis, trak Black Maria juga tiba di kediaman Najib di Jalan Duta pada kira-kira 10.15 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superitendan Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa ketika meninggalkan lokasi hanya memberitahu pihak media untuk “tunggu dan lihat”.

Puluhan pegawai polis termasuk pegawai kanan Bukit Aman dilihat berada di kondominium Najib di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur pada Rabu malam.




Kehadiran pegawai polis itu dikatakan bagi mengumpul dokumen berkaitan siasatan yang dijalankan terhadap bekas perdana menteri itu.

reuters.jpg


Menurut laporan The Star, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan polis melakukan pemeriksaan di lima lokasi milik dan berkaitan dengan bekas perdana menteri.

Beliau enggan mendedahkan tujuan siasatan itu, tetapi mengesahkan kehadiran polis di lokasi-lokasi berkenaan.

Katanya, ia bukan satu serbuan tetapi bertujuan untuk mencari bukti membabitkan siasatan yang sedang berjalan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bahan yang diperiksa pihak polis.
Tiada penahanan

polis.jpg

PETALING JAYA: Tiada penahanan dilakukan susulan tindakan polis menggeledah lima lokasi yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu media pada pukul 4 pagi Khamis bahawa polis telah memeriksa kediaman Ahli Parlimen Pekan di Taman Duta, di ibu negara.
Beliau berkata, ahli keluarga Najib telah memberi kerjasama bagi membolehkan pihak polis melaksanakan tugas mereka.

“Tiada dokumen diambil, kecuali barangan peribadi termasuk beg tangan.

“Kami percaya polis akan mengambil dua atau tiga kotak lagi yang mengandungi pelbagai barangan.

“Ia sebuah rumah yang besar, jadi mereka perlu memeriksa setiap bilik di dalamnya, sebab itu ia mengambil masa yang lama.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat ketika ini, tiada juga petunjuk kemungkinan akan berlaku penahanan,” katanya.
Setakat ini juga tiada pertuduhan akan dibuat, walaupun Harpal percaya ia mungkin disiasat mengikut akta pengubahan wang haram.

Beliau juga mengesahkan polis telah menggeledah pangsapuri Najib di ibu negara.
Sebelum itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh mengesahkan polis telah memeriksa lima lokasi yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu.

Lokasi itu termasuk kediamannya di Taman Duta, Sri Perdana di Putrajaya, dua lokadi di Pavilion KL dan pejabat Perdana Menteri.

Sebelum ini Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Ben Ali membuat laporan polis mengenai pemindahan barangan peribadi berjenama mewah didakwa milik isteri Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber Mstar
SUMBER : cegitucegini
Foto -  The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post