Header Ads

“Kita kawan paling akrab dalam politik dan kita perang paling parah”- Anwar Ibrahim

loading...

KUALA LUMPUR – Dalam wawancara eksklusif Astro AWANI bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau mengakui walaupun berlaku perang paling parah antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi kini kedua-dua pemimpin berpengaruh itu berada dalam sebuah pasukan yang padu.

“Kita kawan paling akrab dalam politik dan kita perang paling parah”- Anwar Ibrahim
“Kita kawan paling akrab dalam politik dan kita perang paling parah”- Anwar Ibrahim
Beliau berkata demikian setelah ditanya mengenai gandingan semula Mahathir-Anwar yang dinantikan ramai.

ARTIKEL MENARIK: [VIDEO] Terkini: Polis Masuk Kediaman Najib, berserta dengan “Black Maria” Bawa Keluar Sejumlah Kotak. Najib Sempat Lakukan Sebelum…


“Pertamanya kalau orang kata gandingan, ini memang berat. Tak semestinya saya pegang jawatan. Saya beritahu Tun Dr Mahathir, kalau ada yang saya boleh bantu, saya akan bantu.

“Saya bergurau dengan Tun M, kita kawan paling akrab dalam politik dan kita perang paling parah, tapi saya nampak kesungguhan dia untuk betulkan dan masa depan kita saya nampak cerah,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam temu ramah eksklusif bersama Astro AWANI yang dihoskan oleh Kamarul Bahrin Haron dan Ashwad Ismail.- Astro Awani

SUMBER : kualalumpurpost

-----------------------------------------------------------------
loading...

No comments