SHAH ALAM – Kerajaan baharu perlu memberi ruang dan modal yang besar kepada Petronas untuk memenuhi visinya.
Nasihat Bekas PM DS Najib Terhadap PM Tun M Bagaimana Nak Tadbir Negara Terutama Berkaitan Petronas…. |
“Kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) baru-baru ini telah menyatakan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dibiayai dengan meminta Petronas, Khazanah dan BNM untuk membuat bayaran dividen yang lebih tinggi kepada kerajaan.
ARTIKEL MENARIK: Tiada lagi peruntukan bulanan untuk semua bahagian dan sayap UMNO - Ku Nan
“Bagaimanapun pendekatan ini adalah rapuh (not sustainable) dan bakal mengorbankan jangka masa panjang hanya untuk pembiayaan jangka masa pendek,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.
Katanya, keuntungan Petronas juga bergantung kepada harga minyak dan gas dunia yang terletak di luar kawalannya.
“Kebergantungan yang keterlaluan terhadap harga minyak yang tinggi sepatutnya dielakkan. Walaupun harga minyak dunia sekarang agak tinggi berbanding jangkaan dalam Bajet 2018 saya, kita perlu menjaga jika harga minyak jatuh lagi seperti kejatuhan sebanyak 80 peratus yang berlaku pada tahun 2014 dan 2015,” katanya.
Bekas Menteri Kewangan itu juga mendakwa, ketika pentadbirannya beliau amat teliti dalam memastikan Petronas tidak perlu membayar dividen kepada kerajaan melangkaui keperluan.
“Ini kerana saya mahu memastikan mempunyai imbangan tunai mencukupi bagi memenuhi pelan pengembangan dalam sektor perniagaan utama dan hiliran bagi menjadi sebuah syarikat tenaga berintegrasi bertaraf dunia.
“Hasilnya, baki tunai Petronas telah meningkat secara signifikan dan syarikat ini berupaya membuat pelaburan serta berkembang untuk melaksanakan projek bersifat ‘game changer’ seperti projek Rapid Pengerang, Projek Integrasi Minyak dan Gas Sabah Sarawak (SSIOGP) dan projek Amonia dan Urea Sabah (Samur),” katanya.
Menurut Najib, ketika itu Petronas turut diberi ruang kebebasan untuk membuat pelaburan dalam projek huluan yang besar di Malaysia dan di merata tempat di dunia seperti Kanada, Iraq dan Brunei.
“Pelaburan-pelaburan ini akan berupaya menghasilkan dividen yang tinggi bagi Petronas serta Malaysia bagi jangka masa panjang. Kita melabur untuk memastikan manfaat bagi jangka masa panjang,” katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata, rizab tunai Petronas sekarang jauh lebih tinggi berbanding pada 2008 ketika beliau mula bertugas sebagai Menteri Kewangan.
“Alhamdulillah, rizab tunai Petronas meningkat peningkatan rizab tunai Petronas kepada RM164.7 bilion pada akhir Mac 2018 berbanding RM128.3 bilion pada tiga bulan lalu.
“Peningkatan ini adalah berikutan harga minyak yang memberangsangkan selain dari penerimaan bayaran dari pelaburan Aramco Saudi bagi projek Rapid Pengerang,” katanya.
Kredit - Sayap Hitam Dot Com.
Post a Comment