Tiada lagi peruntukan bulanan untuk semua bahagian dan sayap UMNO - Ku Nan

Tiada lagi peruntukan bulanan untuk semua bahagian dan sayap UMNO - Ku Nan

Susulan Barisan Nasional tewas dalam PRU14 9 Mei lalu, UMNO membuat keputusan untuk menghentikan peruntukan bulanan kepada semua bahagiannya di seluruh negara, lapor MalaysiaKini.

Tiada lagi peruntukan bulanan untuk semua bahagian dan sayap UMNO - Ku Nan
Tiada lagi peruntukan bulanan untuk semua bahagian dan sayap UMNO - Ku Nan
Berdasarkan surat bertarikh 22 Mei yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada semua setiausaha bahagian dan penolong setiausaha semua sayap, peruntukan bulanan akan ditamatkan.

Seorang pemimpin Pemuda UMNO Johor turut mengesahkan mereka menerima surat itu

"Sayugia dimaklumkan, Ibu Pejabat setelah meneliti kedudukan kewangan parti dan ingin memaklumkan yang mana penyaluran peruntukan bulanan kepada pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian terpaksa ditamatkan bermula Mei 2018.

ARTIKEL MENARIK: MH370: Pertimbang Semula Pencarian Jika Ada Bukti


"Walau bagaimanapun, adalah diharapkan bahawa pihak Bahagian dan Sayap Pergerakan Bahagian dapat meneruskan operasi Bahagian sepertimana kebiasaan sebelum ini.


"Kerjasama semua berhubung perkara ini amat dihargai," kata surat tersebut.

Sumber - MalaysiaKini & The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post