Misteri mayat wanita bogel

Misteri mayat wanita bogel

Hasrat seorang ibu membawa dua anak perempuan bersantai di laluan pejalan kaki berdekatan kawasan taman di Jalan Tugu di Kota Kinabalu, terbantut apabila dikejutkan dengan penemuan mayat wanita tanpa pakaian, malam tadi.

Misteri mayat wanita bogel
Misteri mayat wanita bogel

Mayat wanita belum dikenal pasti identiti itu ditemui oleh Asnah Janan, 41, jam 8 malam.

Dia kemudian meminta bantuan pekerja sebuah stesen minyak berdekatan untuk menghubungi polis.

Asnah berkata, pada mulanya, dia tidak perasan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, ketika duduk di kerusi di laluan pejalan kaki itu, dia terkejut melihat wanita terbaring tanpa pakaian.

ARTIKEL MENARIK: Video- Gara-gara Tidak Tahan Tidur Bawah Jambatan, Anak Jackie Chan Dan Teman Wanitanya Rayu Bantuan Kewangan


“Saya curiga lalu mendekati dan menghulurkan tangan dekat hidung wanita itu, namun tiada tindak balas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Susulan itu, Asnah meminta bantuan beberapa pekerja stesen minyak berhampiran.

Katanya, polis yang tiba tidak lama kemudian mendapati bahawa wanita itu sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, mengesahkan kejadian itu.


“Mayat belum dikenal pasti identiti itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HEQ) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Chandra berkata, siasatan masih diteruskan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Eberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post