Mayat lelaki ditemui di dalam kereta dipercayai terperangkap selepas kenderaan itu terbabas dalam tali air di Kampung Paya Pasir, Tumpat, hari ini.
Mayat terperangkap dalam kereta |
Kenderaan Perodua MyVi dinaiki mangsa, Loo Thong Hong, 50-an ditemui penduduk yang ingin mengangkat pukat di kawasan itu pada 8 pagi hari ini.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat yang tiba di tempat kejadian pada 10.38 pagi, mengambil masa selama satu jam untuk menarik kenderaan dan mengeluarkan mangsa ke darat.
ARTIKEL MENARIK: Misteri mayat wanita bogel
Saksi, Mohd Faizal Syah Mohamed, 38, berkata dia diberitahu seorang rakan yang ternampak satu objek di dalam tali air seperti kepingan zink (bumbung kereta), petang semalam.
“Rakan saya itu mendekati objek itu sebelum menyentuh sesuatu iaitu cermin kereta dan dia terus meninggalkan lokasi kerana takut.
“Pagi ini saya bersama dua rakan ke kawasan itu dan cuba menyelam di lokasi…memang sah ia kereta, namun saya tidak pasti (ketika itu) ada mangsa,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Rakan mangsa, Tea Cheng Eng, 38, berkata kali terakhir mangsa dilihat pada malam 30 April lalu dan selepas itu keluarga mangsa memaklumkan mengenai kehilangannya.
“Mangsa yang tinggal di Kota Bharu sering datang ke kampung ini kerana pernah menetap di sini sebelum ini.
“Sebaik mendapat tahu berita penemuan kereta dalam tali air, saya segera bergegas ke sini dan memang benar kenderaan itu milik mangsa,” katanya.
Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sudah dua malam dia cuba menghubungi mangsa kerana khuatir berlaku sesuatu buruk.
“Kami menghubungi dua telefon bimbitnya banyak kali sejak dua malam lalu, namun gagal dan apabila diberitahu mengenai penemuan kereta mangsa di sini saya terus bergegas datang,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.
Eberita
Post a Comment