MENTERI Pertahanan, Mohamad Sabu mengakui teruja apabila pertama kali diberi peluang menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), hari ini.
Mat Sabu Menceritakan Pengalaman Balik Kampung Naik Pesawat TUDM |
“Saya tinggal tidak jauh dari sini. Apabila datang sini, saya rasa bangga kerana dapat pulang ke kampung halaman.
Inilah pertama kali saya balik kampung naik kapal terbang tentera. Perjalanan sangat baik walaupun awan agak tebal.
“Saya pernah naik kapal terbang tentera sebelum ini, tapi hari ini naik kapal terbang yang baik. Mendarat pun tak goyang,” katanya pada sidang media di TUDM Butterworth di Butterworth, hari ini.
ARTIKEL MENARIK: Video reaksi Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendapat notis pengampunan tular!
Terdahulu, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu tiba di Pangkalan TUDM Butterworth kira-kira jam 5.15 petang, dengan menaiki pesawat tentera A400M untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Warga TUDM.
Beliau diiringi isteri, Normah Alwi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Ini adalah kunjungan sulungnya ke TUDM Butterworth, dan sidang media keduanya selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan, pada Isnin lalu.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau akan mengekalkan ‘cara Mat Sabu’ di luar waktu bertugas sebagai Menteri Pertahanan, terutamanya ketika bertemu masyarakat.
“Cara itu bukanlah dilakukan ketika bertugas. Saya tetap akan menghormati protokol, adat, dan budaya dalam ketenteraan.
“Cara Mat Sabu hanya ketika bertemu masyarakat, dan pergaulan bersama mereka,” katanya.
sumber: hmetro
Post a Comment