Semalam viral di laman Twitter rakaman seorang lelaki telah menegur tudung YB Nurul Izzah secara langsung di FBI Live. Teguran ini dianggap keterlaluan kerana lelaki tersebut telah menerangkan secara terperinci keadaan tudung yang terselak.
‘Benarlah syaitan yang level ‘gabenor’, mereka merata-rata’ – respon da’i wan isu tegur tudung nurul izzah |
Viral di laman sosial
ARTIKEL MENARIK: Mat Sabu Menceritakan Pengalaman Balik Kampung Naik Pesawat TUDM
Video yang berdurai 0:51 saat ini menunjukkan lelaki tersebut menegur tudung YB Nurul Izzah yang terselak sewaktu berjumpa di sebuah balai berita. Apa yang memalukan adalah teguran yang dibuat terlalu terperinci sampai berubah terus muka YB!
Di Twitter, Da’i Wan telah memberi respon cara teguran yang dibuat tersebut salah dan dikategorikan salah laku dalam bab teguran. Ia bukan lagi teguran tetapi bukaan aib yang memang disengajakan.
Respon Da’i Wan
Dunia hari ini macam-macam jenis manusia ada, dalam bulan Ramadhan pula tu, benarlah syaitan yg level ‘Gabenor’, mereka merata-rata. Kalau kita tak jaga iman kita, puasa kita takkan mampu jadi ‘Perisai’.
mimisyaaaaa islam tidak melarang k‘ta utk menegur dan menasihati tetapi biarlah beradab.
jaga a’b org, jaga air muka org, jaga maruah org. cuba letakkan kita ditempat dia, apa perasaan kita? sebagai seorg perempuan, maruah kita tinggi. 1d jangamah jatuhkan mom tu. byk lagi cara Iain utk kita tegur dan nasihat. sbb tu kita disuruh menuntut ilmu supaya k’ta tahu mcm mana nak tegur org dan mcm mana nak beradab.
mrsyida22._ Sokong 100%..islam mengaiar kita menjaga a‘b orang lain walaupun kita tahuseseorang tu ada buat slah atau pun t’dak..
snashfadziLhussain nak tegur boleh. tapi biar Ia beradab. jgn memalukan org tu. bnyk cara Iain boleh tegur. nak tunjuk alim, tapi tersalah jalan. hermm
aat280769 Menegur biar beradab.. Orang yg ikhlas akan menegur secara ‘senyap’ kpd kita… Tapi kalau tegur secara, ‘terbuka‘… Itu tujuan utk MENGHINA.. islarr mengajar kita supaya menjaga a‘b orang, dan juga aib SENDIR. allahuaIam… ”
Sumber : Da’i Wan via ohbulan
Susulan Panggilan Radio Yang Tidak Ditapis Dan Tidak Wajar Kepada Nurul Izzah, Ini Respon Faizal Ismail
Pengacara Hot FM, Faizal Ismail, malam ini menjelaskan berhubung isu soalan pendengar yang tidak ditapis stesen radio berkenaan sehingga mengundang insiden tidak disenangi ke atas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Menurut Faizal, dia tidak dapat memberikan respon yang sepatutnya kerana tidak mendengar dengan jelas butiran soalan diajukan kepada Nurul Izzah sewaktu program #FBILIVE sedang bersiaran secara langsung.
“Atas faktor teknikal pada masa itu saya tidak dapat memberikan respon yang tepat dan sepatutnya.
“Di audio telefon lebih jelas. Dan apabila saya mendengar semula rakaman, baru saya perasan dan kami terus memohon maaf kepada YB,” ciapnya di Twitter.
Untuk rekod, pengacara itu juga dikenali dengan nama singkatan FBI.
Dalam program yang bersiaran pada 22 Mei lalu, seorang pemanggil memperkenalkan dirinya sebagai Azrul mengaku pernah bertemu anggota parlimen Permatang Pauh itu ketika bertugas.
Melalui panggilan telefon berkenaan dia memberi teguran mengenai cara pemakaianNurul Izzah yang dirasakan tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang tokoh Muslimah.
Tak setuju hina wanita
Melalui pemerhatian individu terbabit, Nurul Izzah sepatutnya lebih berhati-hati terutama apabila tudung yang dipakainya terselak.
“YB (Nurul Izzah) kena berhati-hati sebab YB pakai tudung. Tudung YB kadang-kadang terselak. Kadang-kadang ternampak bahagian yang tak sepatutnya,” katanya.
Walaupun kelihatan sedikit terkejut, Nurul Izzah tidak terus melatah, sebaliknya menjawab dengan tenang dan berterima kasih kepada pemanggil terbabit.Namun individu itu terus memberi perincian baju kebaya Nurul Izzah yang menurutnya ‘ketat’.“Nampak baju dalam semua. Nampak buah dada tulah,” katanya.
Klip rakaman program itu menjadi tular di media sosial dan mengundang perhatian ramai terutama mereka yang berang dengan cara teguran yang disampaikan.
Segelintir pengguna alam maya pula menyatakan simpati dan memberi sokongan terhadap insiden yang berlaku kepada anak sulung pasangan Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu.
Rata-rata mengecam sikap individu itu dan mempersoalkan bahawa dia seharusnya menggunakan cara yang lebih sesuai jika betul-betul ikhlas dalam tegurannya.
Faizal dalam pada itu sekeras-kerasnya berkata, dia tidak menyokong sekiranya ada individu yang memberi komen yang menghina mana-mana wanita.
“Saya sekeras-kerasnya menentang sebarang komen yang merendah-rendahkan martabat kaum wanita dan apa yang dilakukan oleh pemanggil tersebut adalah sangat tidak wajar,” katanya. Antara komen netizen.
Sumber : sinarvirall
Post a Comment