"Macam Mana Ada Dadah Dalam Beg?" - Ditahan Selepas Polis Temui 53 Pil Eramin 5, Netizen 'Serang' Instagram Uqasha Senrose

"Macam Mana Ada Dadah Dalam Beg?" - Ditahan Selepas Polis Temui 53 Pil Eramin 5, Netizen 'Serang' Instagram Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemui enam ‘aluminium foil’ mengandungi 53 pil eramin 5 di dalam beg tangan miliknya pagi semalam.

"Macam Mana Ada Dadah Dalam Beg?" - Ditahan Selepas Polis Temui 53 Pil Eramin 5, Netizen 'Serang' Instagram Uqasha Senrose
"Macam Mana Ada Dadah Dalam Beg?" - Ditahan Selepas Polis Temui 53 Pil Eramin 5, Netizen 'Serang' Instagram Uqasha Senrose
Menurut sumber, dadah terbabit ditemui selepas Uqasha dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 11.45 pagi semalam.

"Pelakon yang memandu Range Rover dikatakan melanggar kenderaan Honda BRV di jalan terbabit. Anggota polis ke lokasi kejadian kemudian membawanya ke balai polis itu untuk pemeriksaan lanjut.

"Sebaik tiba di balai, anggota polis wanita membuat pemeriksaan tubuh pelakon berkenaan dan menemui 53 pil eramin 5 yang dianggarkan seberat 14.74 gram dalam beg tangan miliknya.

ARTIKEL MENARIK: Kemalangan Punca Pelakon Wanita Popular Kantoi Dadah..Mempunyai Lebih 2.8 Juta Pengikut Di Instagram


"Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pelakon itu didapati negatif. Dia kini ditahan di balai polis itu untuk siasatan lanjut," katanya.

Menerusi laman sosial Facebook 'Info Roadblock JPJ/POLIS', sekeping foto Uqasha bersama kapsyen yang dipercayai laporan polis telah menjadi viral dan dikongsikan oleh netizen.


Laman sosial Instagram milik Uqasha juga menjadi sasaran netizen yang meninggalkan komen untuk 'menyerang' kakak kepada aktres Nelydia Senrose itu.


img_3312.png


img_3313.png

img_3314.png

img_3315.png

Namun begitu, Uqasha kini telah menutup ruangan komen akaun Instagram miliknya.

Sumber: Astro Gempak

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post