Kronologi Kes Pembunuhan Altantuya Aharibuu Yang Ramai Tidak Tahu…

Kronologi Kes Pembunuhan Altantuya Aharibuu Yang Ramai Tidak Tahu…

KRONOLOGI KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA AHARIBUU

Kronologi Kes Pembunuhan Altantuya Aharibuu Yang Ramai Tidak Tahu…
Kronologi Kes Pembunuhan Altantuya Aharibuu Yang Ramai Tidak Tahu…
Mengimbas kembali kes yang mendapat perhatian masyarakat Malaysia, pada 26 Oktober 2006, Cif Inspektor Azilah (tertuduh pertama) dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman ditahan berhubung kehilangan model tersebut.

ARTIKEL MENARIK: Setelah satu persatu dibongkar, kini wang tunai dan barang kemas milik isteri Azeez Abdul Rahim pula dirampas. Tapi apa yang lebih pelik, kenyataannya seakan telah menduga sprm akan membuat pemeriksaan keatasnya membuat semua terpinga.




DdKKlAcVwAAWG_n-1.jpg


Siapa Altantuya

Altantuya Shaariibuu berusia 28 tahun dari Ulan Bator, Mongolia disyaki ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan tiga butir bom tangan di Empangan Tasik Subang, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia

DdKLP1AVwAAGgIZ.jpg


Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia menguasai bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Mongolia.

Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bator. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan
Altantuya di Bunuh

Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah kes pembunuhan berprofil tinggi yang berlaku di Malaysia. Di dalam kes ini, seorang rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh secara kejam di kawasan berdekatan Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kejadian ini. Kes ini berprofil tinggi kerana ia melibatkan Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan perdana menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mayat Altantuya di C4

Mayat Altantuya Shaariibuu telah dijumpai secara ngeri di lokasi Mukim Bukit Raja, berdekatan Shah Alam, Selangor di antara pukul 10 malam 19 Oktober. Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4.


Lokasi itu berdekatan dengan Empangan Tasik Subang. Beliau merupakan model sambilan dari Ulan Bator, ibu negara Mongolia, utara China. Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Pakar patologi mengesahkan cebisan mayat itu milik Altantuya dan disyaki dibunuh dengan letupan C4 iaitu probable blast related injuries (kecederaan berkaitan letupan).
Antara Suspek di Tahan

Enam orang ditahan termasuk Abdul Razak Baginda Cif Inspektor Azilah Hadri (30 tahun) dan Koperal Sirul Azhar Umar (35 tahun). Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari Unit Tindakan Khas.

Dua lelaki penyiasat persendirian (45 dan 35 tahun ) disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengugut.Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid meluluskan permohonan polis bagi menahan reman dua bekas anggota polis itu.

Seorang Cif Inspektor dari Unit Tindakan Khas, seorang Lans Koperal wanita dari Kontinjen Polis Petaling Jaya dan seorang konstabel turut ditahan reman 7 hari. Mereka ditahan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kes bunuh

Azilah dan Sirul Bebas

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh Altantuya.

Tiga anggot panel hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka.

MENGAPA RAZAK BAGINDA BEBAS, SIRUL DAN AZILAH DIGANTUNG?

Abdul Razak, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, turut dituduh bersubahat dgn dua anggota polis drpd Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36.

Abd Razak Baginda yang juga merupakan penganalisis politik dan ketenteraan, dibebaskan dari tuduhan kosnpirasi membunuh apabila Mahkamah mendapati tiada kes Prima Facie ke atas beliau.

Abdul Razak juga dilepaskan kerana tiada bukti beliau mengarahkan pembunuhan tersebut. Selain itu, Sirul dan Azilah juga menafikan bahawa mereka diarah membunuh oleh Razak Baginda.

Beliau juga tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi kedua-dua anggota Polis tersebut untuk melakukan pembunuhan.

Keadaan ini menyebabkan Mahkamah tiada pilihan kecuali membebaskan Razak.

APA KAITAN PEMBELIAN KAPAL BERBILION RINGGIT DENGAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA?

DdKVHEXVMAAO1k0.jpg


Kes pasal pembelian kapal selam Scorpene ni pernah menggemparkan negara pada suatu masa dulu. Mana taknya, kerajaan Malaysia habiskan berbilion ringgit untuk beli beberapa buah kapal selam. Muncul pulak dakwaan yang adanya unsur2 rasuah dari perjanjian pembelian kapal selam ni.

Sebelum kita mula bercerita, lebih baik untuk kita kenal dulu watak-watak penting dalam kes ni:

Datuk Seri Najib Tun Razak – Perdana Menteri Malaysia sekarang dan pernah jadi Menteri Pertahanan dari 1999-2008 ketika perjanjian pembeliaan kapal selam ni berlaku (pada 2002).

Abdul Razak Baginda – Bekas penganalisis politik dan bekas Pengarah Malaysian Strategic Research Center. Merupakan orang rapat Najib Razak dan juga penasihat kepada Najib Razak ketika dia menjadi Menteri Pertahanan.

Altantuya Shaaribuu – Terlibat dalam perjanjian pembelian kapal selam sebagai penterjemah. Dia juga dikatakan sebagai perempuan simpanan Razak. Dia ditemui mati dibunuh.

Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar – Kedua-duanya adalah anggota polis yang dituduh terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

Perdana menteri ke-7 Tun Mahathir membuka mulut isu berkaitan Pembunuhan Altantuya yang ada berkait rapat dengan pembelian kapal selam


Bagaimana Altantuya dibunuh???


KES ALTANTUYA PERNAH DIBAHASKAN DI DEWAN.


UJI KAJI JENIS BAHAN LETUPAN BOM C4

Okay kepada sesiapa yang tak faham!

Kes dua anggota yang dihukum gantung sampai mati tidak dapat dijalankan kerana salah satu anggota iaitu Sirul berada diluar negara, manakala Azilah pula meringkuk dalam penjara.

Maka Hukuman ni tidak dapat dijalankan kerana sirul berada diluar negara.

Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar
Laporan Sydney Morning Herald menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati.

Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.

Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dgn hukuman mati,melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,”laporan itu dipetik.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

Pengakuan Bersumpah dibuat oleh suspek yang telah membunuh Altantuya.


credits : threadreaderapp

SUMBER : speakerpecoh

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post