Ibu Belasah Anak Guna Kayu Balak Hingga Maut
Ibu Belasah Anak Guna Kayu Balak Hingga Maut Kerana Suami Tak Pulang Dari Malaysia |
Mayat mangsa yang berusia 3 tahun itu di temukan oleh ibu saudara mangsa dalam keadaan tidak berbaju dan badannya penuh memar di dapur milik rumah mereka.
Pelik dengan kematian anak saudaranya itu,saksi kemudian melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Siasatan awal di lokasi kejadian,mendapati sebatang katu balak berukuran kurang 1 meter dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.
ARTIKEL MENARIK: Kronologi Kes Pembunuhan Altantuya Aharibuu Yang Ramai Tidak Tahu…
Menurut Polis Asahan Barang Bakti telah pun menahan suspek selepas pihak hospital mengesahkan luka lebam di bagian siku,tangan,telingan,kepala bagian belakang,paha dan badan bagian belakang mangsa adalah luka akibat dipukul menggunakan benda keras.
Bagaimanapun suspek yang ditahan mengaku membelasah anak kandungnya itu lantara geram dengan suami yang tidak balik-balik ke kampung selepas kelahiran anak pertama mereka.
Ditambah pula mangsa kerap bertanya kepada ibunya sama ada bapanya balik atau tidak Hari Raya tahun ini dari Malaysia kerana pernah berjanji membuatnya hilang pertimbangan.
Pijak Perut dan dada bayi 24 kali
Pijak Perut dan dada bayi 24 kali|Alangkah kejamnya seorang wanita yang tergamak memijak dada dan perut seorang bayi perempuan berkali-kali seperti sudah hilang pertimbangan dan kewarasan.
Menurut sumber yang menghantar video itu kepada The Reporter, tidak diketahui di mana kejadian itu berlaku tetapi difahamkan video itu tersebar di WhatsApp group.
“Saya dapat video ini dari group. Tak tahu siapa buat video ini. Boleh tolong bantu cari baby ini tak? Selamatkan dia,” kata sumber.
Berdasarkan video tersebut, bayi yang dianggarkan berusia setahun itu pada awalnya baring di atas tilam. Kemudian wanita yang dipercayai ibunya itu bertindak memijak dada dan perut mangsa kira-kira 24 kali.
Tidak kurang dengan itu, mangsa diangkat dan belakang badannya dihentak ke dinding dan video itu dipercayai dirakam oleh kenalan wanita terbabit.
Bagaimanapun, semakan di segala enjin pencarian di internet dan media sosial, gagal menemui sumber video tersebut.
Peragut belasah wanita warga emas guna besi
Peragut belasah wanita warga emas guna besi|Kejam apabila seorang penjenayah bukan hanya bertindak memecah masuk rumah dan meragut wanita warga emas, malah dia turut mencederakan mangsa sehingga parah di Seksyen 18, Shah Alam, malam tadi.
Lebih menyedihkan, perbuatan terkutuk itu dilakukan lelaki berkenaan ketika umat Islam sibuk menunaikan solat tarawih, pada 9 malam.
Selain rantai leher diragut, mangsa, Saadiah Yahaya, 64, dipukul pula dengan batang besi hingga menyebabkan tengkorak kepalanya retak, patah tangan kiri dan cedera di muka.
Difahamkan, suspek yang bersendirian menyusup masuk menerusi bumbung rumah di bahagian dapur dan turut meloloskan diri menggunakan laluan sama.
Anak angkat mangsa, Muhammad Najmie Othman, 28, ketika kejadian wanita itu tinggal bersendirian kerana dia dan bapa angkatnya, Chumen Salim, 69, pergi menunaikan solat tarawih di masjid berdekatan.
“Namun, saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bergegas pulang bagi mendapatkan kepastian.
“Apabila sampai di rumah, saya dapati orang ramai sudah mengerumuni ibu saya yang cedera berlumuran darah sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.
Menurut pekerja syarikat kurier itu, mangsa kebiasaannya memang turut bersama menunaikan solat tarawih, namun dia mahu berehat di rumah ketika kejadian.
“Penjenayah itu dipercayai membuka atap rumah dan memecahkan siling untuk memecah masuk rumah kami sebelum mencederakan ibu dengan teruk.
“Saya difahamkan ibu terpaksa merangkak keluar sehingga ke pintu pagar luar untuk meminta pertolongan. Ia kemudian disedari kanak-kanak yang bermain di luar lalu memaklumkan kepada jiran untuk meminta bantuan,” katanya.
Muhammad Najmie berkata, keadaan ibunya dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Shah Alam Selangor (HSAS).
Beliau berkata, kejadian itu kali pertama menimpa keluarganya dan dia bersyukur kerana ibunya selamat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib yang mengesahkan kejadian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun mendatangkan kecederaan.
credits : eberita
SUMBER : speakerpecoh
Post a Comment