Kisah yang di-pertuan agong sahur bersama rakyat di atas tangga masjid. Sehingga imam sebelah melihat kehairanan

Kisah yang di-pertuan agong sahur bersama rakyat di atas tangga masjid. Sehingga imam sebelah melihat kehairanan

Baginda telah diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada tahun Disember 12, 2016 menggantikan DYMM Sultan Abdul Halim.

Kisah yang di-pertuan agong sahur bersama rakyat di atas tangga masjid. Sehingga imam sebelah melihat kehairanan
Kisah yang di-pertuan agong sahur bersama rakyat di atas tangga masjid. Sehingga imam sebelah melihat kehairanan
Sebelum menduduki takhta tertinggi DYMM Yang di-Pertuan Agong, baginda memang dikenali rakyat marhaen sebagai seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri Kelantan.

Tuanku Sultan Muhammad Faris Petra, 47 merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra, yang sering membahasakan diri baginda sebagai kita, telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

ARTIKEL MENARIK: Hampir RM120 juta wang tunai yang dirampas!


Baginda yang gemar turun padang termasuk ke kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli, sering membahasakan diri baginda sebagai “kita”.



Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat yang dikenali sebagai berbaju “gumbang”, berkopiah putih ketika melawat rakyat.



Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Sultan Kelantan memang terkenal dengan kezuhudan dan aku rasa itulah cara beliau membuang sikap sombong dan takbur sebagai pemimpin, semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.



Selamba je Tuanku, tanpa bodyguard hanya dikelilingi oleh ahli jemaah Masjid dan makan menggunakan tangan, sehingga Imam disebelah asyik melihat kehairanan.


Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah

Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”

Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu itu?”

Maka jawab ayahnya: “Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga.” Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam.

Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: “Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda.” Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.

sumber: hmedia

2 Ekor Singa Kesayangan Agong Mati Dipatuk Ular. Ini Tindakan Agong Pada Penjaga Singa Baginda Yang Sangat Win!!


AGONG.png


BACHOK, (Bernama) — Sesuai dengan perwatakan baginda yang tenang dan berhemah, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mempunyai sifat menyayangi haiwan, dan antara yang amat diminati Seri Paduka ialah singa.

Baginda pernah memelihara tiga ekor singa – dua betina dan seekor jantan.
Namun dua ekor singa betina itu mati akibat dipatuk ular.

P12-A_12417.jpg



Menceritakan kejadian, Pengurus Royal Kelantan Endurance Tuan Ngah Tuan Muda berkata, beliau cukup merasa reda melihat Tuanku Sultan tidak murka semasa dimaklumkan berkenaan kematian singa itu.

sutan1104s.jpg



“Sebaliknya baginda mendengar dengan teliti setiap laporan termasuk laporan pakar perubatan haiwan yang dipersembahkan kepada baginda,” kata Tuan Ngah yang telah 18 tahun berkhidmat di Royal Kelantan Endurance, di mana haiwan kesayangan baginda dipelihara.

FW521768_KB5_110417_PELIHARA.jpg



“Baginda mula memelihara tiga ekor singa itu sekitar September tahun lepas yang dibeli dari Afrika dan ditempatkan di sebuah kandang khas berkeluasan 4 hektar,” kata Tuan Ngah ketika ditemui Bernama di sini.

Tuan Ngah berkata pihaknya melakukan persiapan kira-kira enam bulan bagi menempatkan tiga ekor singa itu merangkumi pembinaan pagar elektrik, dua buah gua untuk singa berehat dan dua kandang khusus untuk memberi makan haiwan berkenaan.

FW521765_KB03_110417_PELIHARA.jpg



“Seekor singa akan diberi makan dua hari sekali iaitu daging segar seperti lembu, kerbau atau kambing sebanyak empat kilogram.

“Bagi mengelakkan singa-singa berkenaan bosan, kami akan melepaskan beberapa ekor ayam agar singa-singa itu dapat mengekalkan kecergasan mereka,” katanya.

“Baginda mahu semua haiwan yang dipelihara di sini berada dalam keadaan baik, selamat dan sihat.

“Baginda melawat kawasan ini sekurang-kurangnya dua kali sebulan,” katanya.
Menurut Tuan Ngah, sifat baginda sayangkan haiwan dan minat memelihara haiwan dizahirkan dengan pembinaan ‘mini safari’ di kawasan seluas 74.76 hektar yang turut merangkumi 12.14 hektar kandang singa sahaja.

Katanya, safari itu yang terletak di Kampung Baruh Raja, Gunong di sini, kini mempunyai 130 ekor rusa, seekor burung unta, 50 ekor kerbau, 15 ekor kuda dan seekor singa jantan.

Tuan Ngah berkata, baginda gemar menyumbang daging haiwan peliharaannya seperti kambing dan rusa kepada penduduk miskin serta anak yatim di kawasan sekitar.

Menurut Tuan Ngah, sifat baginda sayangkan haiwan dan minat memelihara haiwan dizahirkan dengan pembinaan ‘mini safari’ di kawasan seluas 56.65 hektar di Kampung Baruh Raja, Gunong di sini.

Tuan Ngah berkata Royal Kelantan Endurance pada asalnya adalah litar lumba kereta ‘go-kart’ dan kandang kuda selama puluhan tahun, namun kawasan itu bertukar menjadi mini safari berikutan minat mendalam baginda kepada haiwan.

Katanya, safari itu kini mempunyai 130 ekor rusa, seekor burung unta, 50 ekor kerbau, 15 ekor kuda dan seekor singa jantan.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.

Kredit. -Pen Merah Press

(Video Viral) ‘Baru Ni Balik Kelate Lamo, Duduk Seminggu, Pelek Sikit Kecek….” – YDP Agong Kecek Kelate Ketika Bertitah


11-agong-speech.jpg


Satu video yang merakamkan Yang Di-Pertua Agong ke-15 Sultan Muhammad V, ketika memberi Titah Diraja Semperna Hari Keputeraan Baginda menjadi viral apabila baginda tiba-tiba ber-dialek Kelantan ketika menyampaikan titah terbabit.

Difahamkan, ketika itu, video berkenaan sedang bersiaran langsung di RTM.

SubhanAllah, steady je YDP Agong cakap kelantan masa bertitah hari keputeraan


“Beta berdoa agar rakyat dan negeri terus sejahtera, maju dan makmur.

“Baru ni balik kelate, lamo, duduk seminggu, pelek sikit kecek (Baru-baru ni balik Kelantan lama, duduk seminggu, pelat sikit cakap)”. titah baginda.

Titah Sultan Muhammad V dialek ‘kelate’

Perkara itu seterusnya menyebabkan orang ramai kagum dengan YDP Agong yang tidak begitu mementingkan protokol.

Sultan Muhammad V memang terkenal sebagai seorang raja yang tidak mementingkan protokol dan sifat baginda yang merendah diri serta dekat dengan masyarakat.

Aksi-aksi Sempoi Agong Kecek Kelate & Minum Air…


sumber: siakapkeli & media2060

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post