HARTAWAN Robert Kuok memuji Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah menyelamatkan negara.
Kenapa Lelaki Ini Tabik ‘Spring’ Dekat Tun Mahathir Sampai Perdana Menteri Pun Terkejut!. Rupa2nya Dia Bukan Calang2 Orang |
Dr Mahathir kemudian menepuk perlahan bahu Kuok lalu menjawab sambil tersenyum: “Kami memerlukan bantuan anda sekarang.”
Klip video serta beberapa keping gambar pertemuan itu dimuatnaik dalam akaun Twitter dan Facebook perdana menteri.
ARTIKEL MENARIK: Kisah yang di-pertuan agong sahur bersama rakyat di atas tangga masjid. Sehingga imam sebelah melihat kehairanan
Kuok ialah seorang daripada anggota Majlis Penasihat Kerajaan yang dilantik oleh Dr Mahathir pada 12 Mei apabila beliau mengumumkan penubuhannya.
Kuok, 94, menghadiri mesyuarat pertama Majlis Penasihat Kerajaan semalam. Tugasnya ialah untuk menasihatkan kerajaan menghenai hal ehwal ekonomi dan kewangan.
Dalam ucapannya selepas mesyuarat, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk meletakkan kepercayaan kepada Majlis Penasihat Kerajaan yang turut dianggotai oleh bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Marican dan pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram.
Dr Mahathir kembali menerajui kerajaan selepas mengangat sumpah jawatan sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, menjadikannya perdana menteri tertua di dunia
Dr Mahathir ialah pengerusi Pakatan Harapan. Beliau merupakan perdana menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003.
Sumber: HMETRO ONLINE
Post a Comment