Kesilapannya Yang Menerima Sumbangan Politik Dalam Akaun Persendirian Telah Menyebabkan Beliau Dicemuh. tapi, Adakah Melayu Mudah Lupa?. Ini antara 10 Kebaikan Mantan Perdana Menteri Najib Razak.

NAJIB RAZAK: Satu “Kesilapan” dengan 10 Kebaikan

MUNGKIN Kesilapan Mohd Najib Tun Razak ialah menerima sumbangan politik dalam akaun persendirian tanpa nama kedua dan ketiga seperti kebiasaan. Sungguhpun beliau sebagai Presiden parti boleh menerima sumbangan politik, namun ia telah mendedahkan diri kepada serangan musuh politik.

ARTIKEL MENARIK: Majlis Penasihat Kerajaan baharu sahaja diumumkan Tun Mahathir, tetapi apa yang mereka buat satu jam kemudian sangat mengkagumkan

Tapi beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dan pecah amanah membabitkan wang rakyat.

Lepas-Sedap-Makan-KFC-dan-McDonalds1-1-3

Sebaliknya dalam masa yang sama beliau telah:

1. Merancakkan pembangunan infrastruktur dengan membina Lebuh Raya Pan Borneo, MRT, Keretapi laju, bandar Malaysia, Menara Warisan dll. Menyusun semula pengangkutan awam di lembah klang agar memudahkan rakyat.

2. Mengekalkan kestabilan ekonomi negara ketika dunia diancam krisis kewangan dan ekonomi tanpa perlu menaikkan kadar faedah atau menyelamatkan mana-mana syarikat seperti 1998. Ketika Krisis Kewangan Asia pada 1998, rizab Bank Negara Malaysia (BNM) hanya berjumlah sekitar USD $30.9 bilion pada akhir Disember 1999. Hari ini rizab BNM di bawah Najib Razak sebanyak USD 96.4 bilion

3. Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan mewujudkan klinik2 kecil di merata tempat sebagai memudahkan orang ramai.

4. Memperkenalkan gaji minimum RM 900.00. Gaji kakitangan awam telah dinaikkan dengan drastik agar selari dengan perkembangan semasa.

5. Menyusun semula bantuan kepada rakyat dengan pemberian secara langsung melalui BR1M. Sebelum ini kerajaan menggunakan dasar kawalan harga dengan membayar kepada peniaga menyebabkan banyak ketirisan.

6. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil dan sekolah agama rakyat turut mendapat bantuan besar.

7. Dalam ketika pelabur US beralih ke tempat lain, Najib Razak berjaya mendapat berpuluh bilion pelaburan dari China. Berapa banyak peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi hiliran dapat terus dipertingkat dengan pelaburan ini.

8. Ekonomi negara telah “transform” dari pembuatan kepada perkhidmatan dan teknologi tinggi.

9. Buat pertama kali Kerajaan Persekutuan memperkenalkan dasar perumahan yang mengambil kira masyarakat kelas pertengahan membabitkan peruntukan berbilion ringgit.

10. Pembangunan Sabah dan Sarawak telah dipertingkatkan dengan skala yang besar. Jambatan-jambatan dibina di kawasan pedalaman bagi memudahkan rakyat biasa.

Apakah kerana satu kesilapan yang bukan kesalahan maka kita hendak melupakan segala sumbangan dan perancangan beliau?

Sumber Artikel FB Ab Jalil Backer

Sumber Gambar Nizam Samat

Sumber Video KJ

SUMBER : petuaviral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post