Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gaji jemaah menteri akan dipotong sebanyak sepuluh peratus.
Gaji menteri terpaksa dipotong 10 peratus! Ini Sebabnya yang buat rakyat kagum |
“Jemaah menteri setuju supaya gaji menteri dipotong 10 peratus…(Potongan) ini berdasarkan gaji asas,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya pagi ini.
Beliau berkata sesetengah pegawai kerajaan kini mendapat gaji lebih tinggi daripada menteri kabinet.
Namun, katanya lagi, kabinet tidak bercadang untuk menaikkan gaji anggotanya.
ARTIKEL MENARIK: 5 Negara Yang Hampir Mustahil Untuk Ditakluki. Negara Yang No 1 Tu Presiden Mereka Tun M Samakan Dengan Najib
“Ini tabiat saya. Ketika pertama kali menjadi perdana menteri (pada 1981), perkara pertama yang saya buat adalah potong gaji menteri dan pegawai kanan kerajaan,” katanya lagi.
Sebelum ini, inilah gaji menteri ….
TERBONGKAR! Ini Tangga Gaji Menteri Kabinet Dan Ahli Parlimen Malaysia
Setakat ini hanya 3 menteri kabinet sahaja dilantik iaitu Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan. Ramai yang teruja untuk mengetahui nama-nama yang bakal dilantik bagi memimpin kementerian yang lain.
Di samping ingin mengetahui siapa dan kementerian mana yang akan diterajui, rakyat Malaysia juga ingin tahu berapakah gaji yang diterima oleh pemimpin-pemimpin tertinggi negara, jadi iluminasi.com ingin kongsikan mengenai butiran gaji dan elaun Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinet Malaysia.
Nota : Nilai dan angka ini berdasarkan maklumat dari tahun 1999 sehingga pemerintahan Perdana Menteri yang lalu. Mungkin terdapat sedikit sebanyak perubahan. Artikel ini hanya ingin memberi gambaran kasar tangga gaji menteri.
Pendapatan bulanan Menteri Penuh termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji pokok – RM18,000
2. Elaun Keraian – RM10,500
3. Elaun Perumahan – RM10,800 (jika Menteri-menteri mempunyai rumah sendiri, elaun ini tetap boleh dituntut)
4. Elaun Wakil Rakyat – RM10,650
5. Elaun parkir kenderaan – RM5,700
Jadi, jumlah pendapatan setiap bulan yang diterima adalah sebanyak RM55,650, tidak mengambil kira sama ada sakit atau tidak bertugas.
Kemudahan lain-lain
1. Bercuti ke luar negara
Perbelanjaan ini ditanggung oleh kerajaan untuk sekali setahun termasuklah tiket penerbangan, hotel dan duit poket sebanyak RM50,000. Wang RM50,000 boleh dituntut tanpa resit jika menteri tersebut tidak bercuti ke luar negara.
2. Bil percuma
Pegawai tertinggi negara tidak perlu membayar bil-bil kerana ia ditanggung oleh kerajaan. Antara bil-bil tersebut termasuklah:
- Bil elektrik
- Bil air
- Bil telefon
3. Perhiasan rumah
Wang sebanyak RM40,000 boleh dituntut sekali setahun bagi perkakasan dapur atau perhiasan rumah.
4. Kereta
Juga dibekalkan sebuah kereta Mercedes S320 dan seorang pemandu termasuk minyak percuma.
5. Derma
Terdapat peruntukan bagi segala pemberian derma termasuklah kepada badan-badan kebajikan, majlis perkahwinan atau kematian.
6. Elaun rumah terbuka
Setiap tahun, elaun rumah terbuka boleh dituntut yang mana segala perbelanjaan bagi menganjurkan rumah terbuka adalah ditanggung oleh kerajaan.
Gaji Dato Seri Najib Razak
Satu kajian dilakukan oleh portal Listabuzz pada April 2017 mengatakan bahawa mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak memperoleh pendapatan sebanyak RM284,194.89 setahun. Nilai ini memberikan purata gaji bulanan sebanyak RM22,826.65.
Pendapatan Bulanan Timbalan Menteri
1. Gaji pokok – RM15,000
2. Elaun Keraian – RM9,500
3. Elaun perumahan – RM9,800 (jika Menteri-menteri mempunyai rumah sendiri, elaun ini tetap boleh dituntut)
4. Elaun wakil rakyat – RM10,650
5. Elaun parkir – RM5,700
Jumlah pendapatan bulanan : RM50,650
Peningkatan gaji Ahli Parlimen pada tahun 2015
Pada tahun 2015, Parlimen telah meluluskan Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014, yang menyaksikan kenaikan gaji bagi ahli-ahli parlimen dan pegawai-pegawai yang lain. Kadar gaji terbaru tersebut adalah seperti berikut:
1. Ahli Parlimen
Peningkatan daripada RM11,000 kepada RM16,000 (peningkatan sebanyak RM5,000). Sebelum itu, seorang Ahli Parlimen menerima gaji pokok sebanyak RM6,508.59 sebulan, dan elaun bulanan sebanyak RM5,000.
Sebanyak RM200 elaun harian diberikan apabila ahli-ahli parlimen menghadiri persidangan Dewan rakkyat dan RM150 elaun harian bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.
2. Ahli Dewan Negara
Pindaan itu juga menyaksikan kenaikan gaji bagi Ahli Dewan Negara, daripada RM7,000 kepada RM11,000.
3. Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara juga menerima kenaikan sebanyak RM20,000 menjadikan gaji bulanan baharu sebanyak RM31,000. Timbalan masing-masing menerima peningkatan gaji sebanyak RM4,000 menjadikan gaji baharu adalah RM20,000.
4. Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara
Selain daripada gaji pokok, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara juga menerima imbuhan seperti berikut:
- Elaun Hiburan – RM1,500
- Elaun Istimewa – RM1,500
- Elaun Pengangkutan – RM1,500
- Elaun Telefon – RM900
- Elaun Pemandu – RM1,200
- Komputer peribadi – RM6,000 (maksimum)
- Elaun hotel untuk urusan rasmi – RM350 semalam (maksimum)
Perbandingan gaji CEO
Jumlah-jumlah ini pastinya dilihatkan sebagai sangat tinggi, namun jika dibandingkan dengan gaji CEO-CEO di Malaysia, ia dilihatkan seperti sangat kecil. Antara gaji-gaji CEO di Malaysia adalah seperti berikut:
1. CEO CIMB Group Holdings Berhad
Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
- Gaji bulanan – RM779,166
- Gaji tahunan – RM9.35 juta
2. CEO Sime Darby Berhad
Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
- Gaji bulanan – RM179,833
- Gaji tahunan – RM2.05 juta
3. CEO Bursa Malaysia
Datuk Yusli Mohamed Yusoff
- Gaji bulanan – RM164,166
- Gaji tahunan – RM1.97 juta
4. CEO Maybank Berhad
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (telah digantikan oleh Datuk Abdul Farid Alias)
- Gaji bulanan – RM148,333 sebulan
- Gaji tahunan – RM1.78 juta
5. Boustead Holdings Berhad
Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
- Gaji bulanan – RM154,166
- Gaji tahunan – RM1.85 juta
sumber: iluminasi
Post a Comment