Apabila disebutkan perkataan “peperangan”, tiada siapa yang menyukainya. Peperangan adalah satu perkara yang membawa lebih banyak kemusnahan daripada kebaikan.
5 Negara Yang Hampir Mustahil Untuk Ditakluki. Negara Yang No 1 Tu Presiden Mereka Tun M Samakan Dengan Najib |
Walaupun pada masa kini peperangan tidaklah begitu relevan lagi, namun ia tidak bermakna ia tak akan berlaku. Ketika ini terdapat negara-negara yang mana dilihatkan sangat sukar atau mustahil untuk diserang dan ditakluk, dengan ini iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 5 buah negara yang amat sukar untuk ditakluki.
ARTIKEL MENARIK: JASA, SPAD dan beberapa lagi agensi dibubarkan untuk kurangkan perbelanjaan kewangan negara - PM
5. Kanada
Kanada adalah negara kedua terbesar dari segi kawasan permukaan selepas Rusia dan sama-sama sejuk dengan negara ini. Terletak di pinggir utara dunia, Kanada dikatakan agak sukar untuk diserang walaupun kebanyakan daripada 35 juta penduduknya tinggal berhampiran dengan sempadan dengan Amerika Syarikat.
Memandangkan saiz dan keluasan hutan rimbanya, untuk menjajah Kanada secara paksa merupakan suatu yang mustahil. Selain itu, majoriti daripada negara ini dikelilingi oleh lautan dan hanya berkongsi sempadan dengan satu negara sahaja yang mana merupakan sekutunya dan juga kuasa terbesar dunia, Amerika Syarikat.
Dari segi ekonomi pula, negara ini bersedia mampu bertahan dalam peperangan secara berterusan, jika perlu. Peruntukan belanjawan pertahanan Kanada adalah sebanyak RM58.5 bilion negara ini menghasilkan minyak lebih daripada penggunaannya, ketika ini.
Walaupun begitu, teknik pertahanan terbaik Kanada adalah sikap mereka yang begitu mesra terhadap negara-negara lain di seluruh dunia memberikan alasan yang sangat wajar mengapa mereka tidak patut diserang. Itu belum mengambil kira bahawa Kanada adalah sebahagian daripada NATO.
Dari segi kekuatan tentera, Kanada mempunyai kelengkapan yang sangat baik, terlatih dan dengan teknologi yang tinggi. Menurut Indeks Senjata Api Global, Kanada berada di kedudukan ke-22 dari segi kekuatan ketenteraan, tetapi melihatkan keadaan geografinya dan situasi geopolitiknya, kedudukan negara ini menjadi lebih baik.
Pada tahun 1974, Amerika Syarikat telah mengumumkan “Rencana Perang Merah”, strategi serangan yang komprehensif terhadap kanada yang dirancang pada tahun 1927, sekiranya pihak British ingin menyerang Amerika dari arah utara.
4. Korea Utara
Seperti yang dilihat ketika Perang Korea pada awal tahun 1950an, kedua-dua negara Korea Utara dan Amerika Syarikat cuba untuk mengalahkan Korea Utara, namun gagal. Walaupun terdapat perbezaan yang sangat besar dari segi kemajuan teknologi di antara kedua-dua Korea pada hari ini, masih terdapat banyak alasan mengapa Korea Utara tidak boleh diserang dan dijajah.
Sejak Korea Utara membangunkan teknologi senjata nuklearnya sendiri dan banyak jenayah kemanusiaan yang berlaku di negara ini di bawah pemerintahan keluarga Kim, ia telah mengundan pelbagai ancaman pencerobohan. Namun serangan atau pencerobohan ini tidak diramalkan akan berlaku dalam masa terdekat.
Antara faktor utama mengapa Korea Utara mustahil untuk diceroboh adalah sekutu terbesar mereka, iaitu China yang menyokong negara ini sejak tahun 1950an. China berperanan menjaga negara ini, dan menjadi zon penampan (buffer zon) di antara Korea Utara dan Korea Selatan.
Malah, jika sesuatu berlaku kepada Korea Utara, sudah pasti berjuta-juta penduduk negara ini akan memasuki Manchuria, cuba untuk melarikan diri dari negara ini yang akan menjejaskan kawasan utara China, yang pasti tidak disukai China.
Selain itu, Korea Utara dibawah pimpinan Supreme Leader Kim Jong-un dilihatkan tidak gentar dengan mana-mana kuasa, yang mana AS pun tidak berani menyerang mereka.
Dan akhir sekali, terdapat status quo di antara China dan Amerika Syarikat, di mana China mempunyai sasaran terhadap Taiwan manakala Amerika Syarikat mensasarkan Korea Utara. Dengan ini, kedua-dua negara ini tidak berani untuk memulakan langkah, kerana tidak mahu mencabar masing-masing.
3. United Kingdom
Negara kepulaun adalah antara negara yang banyak dalam senarai ini, dan United Kingdom merupakan salah satu ocntoh utama bagi negara yang sangat sukar untuk diserang. Malah, kali terakhir Britain benar-benar berjaya diserang dan diceroboh adalah pada tahun 1066 semasa penaklukan Norman di England.
Ketika Perang Dunia Kedua, Adolf Hitler dan tentera Nazi gagal melancarkan serangan yang berkesan ke atas pulau ini membuktikan bahawa jarak 20 batu lautan menyukarkan pendaratan tentera musuh.
Dikelilingi oleh dua lautan dan Laut Utara yang sentiasa bergolak, Kepulauan British hanya boleh diserang dengan berkesan melalui arah selatan, melintasi Selat Inggeris, namun untuk menyebaranginya amatlah sukar.
Pantai Inggeris Tenggara ini terdiri daripada tebing curaam yang dikenali sebagai White Cliffs di Dover. Dengan ini, mana-mana pasukan yang ingin menyerang terpaksa melabuhkan sauh lebih jauh dan sudah pasti akan terdedah kepada meriam British dan angkatan udaranya.
Selain itu, kekuatan ketenteraan United Kingdom bukanlah calang0calang, dengan teknologi yang canggih dan peralatan pengawasan. Negara ini mempunyai peruntukan pertahanan yang ke-5 terbesar di dunia, iaitu sebanyak RM219 bilion.
Sebagai ahli NATO, UK mempunyai kelebihan iaitu sekutu yang kuat termasuklah Amerika Syarikat, yang pasti akan membantu jika berlaku sebarang ancaman. Dan akhir sekali United Kingdom mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara lain di seluruh dunia.
2. Rusia
Tidak dapat dinafikan Rusia adalah negara yang paling mustahil untuk ditakluk. Sejarah telah membuktikan ketika serangan Sweden pada awal abad ke-18, serangan Perancis dibawah pimpinan Napoleon pada tahun 1812 dan juga tentera Nazi ketika Perang Dunia Kedua, menunjukkan musim sejuk di Rusia mampu membuatkan musuh paling kuat jatuh melutut.
Malah, Rusia mempunyai perbezaan suhu paling besar di muka bumi ini, dengan suhu paling sejuk -32 darjah Celcius dan paling panas 45.4 darjah Celcius. Halangan utama lain untuk menakluki negara ini sudah tentulah saiznya.
Sebagai negara paling besar di dunia seluas 17.09 juta kilometer persegi, iaitu 130 kali ganda keluasan Semenanjung Malaysia, kebanyakan daripada keluasan negara ini terdiri daripada kawasan pergunungan dan hutan belantara yang sesuai dijadikan pangkalan tentera untuk bersembunyi serta melakukan serangan mengejut.
Semenjak kejathuan Kesatuan Soviet, tentera Rusia tidak berubah, namun berkembang sejak kebelakangan ini. Bermula tahun 2008, peruntukan perbelanjaan tahunan ketenteraan telah meningkat kepada RM263 bilion, dan mempunyai armada kereta kebal paling besar di dunia.
1. Amerika Syarikat
Dan pastinya para pembaca sudah dapat meneka bahawa Amerika Syarikat mengungguli carta ini. Sebagai permulaan, kelebihan kedudukan geografinya, seperti yang dikatakan oleh Otto von Bismarck:
“Orang Amerika sangat beruntung kerana bersempadankan jiran yang lemah di bahagian utara dan selatan, dan utara dan selatan dengan ikan-ikan. Ia juga sangat luas dan mempunyai segala jenis bentuk muka bumi dari gunung-ganang kepada hutan yang padat dan juga padang pasir. Pihak musuh yang menyerang akan mengalami kesukaran di tempat-tempat ini, tak kiralah siapa atau apa yang mempertahankannya,”.
Kemudian, pasukan ketenteraan Amerika Syarikat. Dengan peruntukan pertahanan sebanyak RM2.31 trilion, jumlah ini adalah satu pertiga daripada jumlah peruntukan ketenteraan di seluruh dunia. Malah, hanya terdapat 20 negara yang mempunyai KDNK lebih besar daripada peruntukan pertahanan AS.
Selain itu, AS mempunyai strategi “pertahanan terbaik adalah menyerang”, di mana setiap kali berlakunya konflik dunia, AS pasti akan terlibat secara langsung atau tidak langsung.
AS juga mempunyai beratus-ratus pangkalan tentera di seluruh dunia dan bergelumang dengan peperangan secara berterusan lebih daripada 25 tahun kebelakangan ini.
Negara ini juga terkenal kerana menjejaskan kestabilan negara-negara lain, merancang rampasan kuasa, menggulingkan kerajaan demokratik dan menyokong pemerintahan diktator tentera. Dasar campur tangan ini mengelakkan konflik dari sempadannya dengan mencetuskannya di tempat lain.
Amerika Syarikat juga terkenal kerana menjejaskan kestabilan negara-negara negara lain, kudeta kejuruteraan, menggulingkan kerajaan demokratik, dan menyokong pemerintahan diktator tentera. Dasar intervensi ini mengekalkan konflik dari sempadannya dengan menjana mereka di tempat lain.
Dan yang terakhir sekali adalah dari segi senjata api per kapita. Seperti yang dikatakan oleh Isoroku Yamamoto, Panglima Tentera Laut Jepun ketika Perang Dunia Kedua, :
“Anda tak akan boleh menceroboh atau menyerang tanah besar Amerika Syarikat. Akan ada senapang disebalik setiap helaian rumput,”. Mereka yang menceroboh negara ini akan berhadapan dengan populasi yang mempunyai pemilikan senjata api per kapita paling tinggi di dunia.
Ketika mana Switzerland dianggarkan mempunyai 45.6 senjata api bagi setiap 100 penduduk, AS mempunyai 112 bagi setiap 100 penduduk. Jumlah ini bermakna, terdapat lebih banyak senjata api di Amerika Syarikat berbanding manusia.
sumber: iluminasi.com
Tun Mahathir sama kan NAJIB dgn TRUMP adalah penyangak.
Mahathir Buat Lawak ‘Reaksi Trump Depan Najib’
Kredit - Media 2060
Post a Comment